” Fad bisik-bisik dekat Yoe time live.. “

Fad Bocey Ded4h Cerita Sebenar Sebelum Persembahan Maharaja Lawak Mega Bersama Yoe Parey. Tak Sangka Tu Yang Jadi Rupanya !!

Pentas Maharaja Lawak Mega 2019 sudahpun hampir ke episod separuh akhir. Persembahan minggu ke 9 yang berlangsung semalam yang mana merupakan peringkat suku akhir menyaksikan keunikan dan kelainan yang dipersembahkan oleh kumpulan Bocey.

Menerusi segmen kedua bersama artis jemputan, Bocey telah menjemput pelakon jemputan istimewa, Yoe Parey iaitu seorang ‘orang kurang upaya’ di bawah pengurusan youtuber Syahmi Syazli. Persembahan mereka mendapat tepukan dan sorakan gemur0h dari seluruh penonton.

Lawak bersahaja diiringi skrip yang spontan, terutamanya ketika adegan pantun dan peribahasa benar-benar menjadi. Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad benar-benar bertuah kerana gabungan mereka berhasil hinggakan pihak juri juga memberikan markah tertinggi kepada mereka.

Menerusi akaun Instagram, Fad telah memuatnaik sekeping gambar beliau bersama ahli kumpulan Bocey dan Yoe Parey, pasangan youtuber Syahmi Syahli dan Anissa Faizul. Mereka berjaya merangkul hadiah pemenang Anugerah Flamitoz Kumpulan Paling Syok dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 hasil gabungan mantap bersama Yoe Parey.

Fade mendedahkan mereka hanya sempat berlatih dalam tempoh yang sangat terhad sebelum membuat persembahan di pentas. Tapi Alhamdulillah, gandingan mantap Kumpulan Bocey bersama Yoe membuahkan hasil dan mendapat tepukan gemur0h daripada penonton.

Jom baca perkongsian Fad di bawah :

” Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah kami layak ke separuh akhir, diizin Allah semalam dapat perform bersama insan yang sangat istimewa @yoe_parey , walaupon dapat buat latihan tak lama tapi yoe memang dikurniakan kelebihan aura dan bakat, terus terang saya rindu dah kat yoe.. “

” Terima kasih buat @syahmisazli dan @anissafaizul kerana bawa mereka ke sini dan izinkan untuk bersama kami di atas pentas #maharajalawakmega2019 , kalau ada rezeki kite kerje dengan @asifsuhaimi02 pulak dehhh.. Insyaallah, terima kasih sekali lagi.. ”

Rata-rata peminat terharu dengan ucapan Fad itu. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah bocey… Part yang acey kena tet4k tak boleh bawak bincang wei.. Pec4h aku gelak.. “

” Tahniah brother.. “

” Terbaik bocey, sep kito jange pecoh.. “

” Gudluck bang.. Moge menang.. “

” Paling berdekah ketawa tengok korang dengan yeo. Hahaha tak puas rasa. Good job bocey.. “

” Tahniah bocey dapat perform dengan yoe semalam…. Tak sudah-sudah gelak…. Sanggup tunggu sebab nak tengok part yoe perform… Tak sangka perform dengan bocey…. Sangat-sangat padu lawak semalam… Pec4h perut, gelak sampai keluar airmata…. Rasa nek tengok berkali-kali pulak.. “

” Alhamdulillah terbaik tuan.. Memang pec4h semalam.. “

” Yoe is the best . Hehehehe, walaupun fad bisik-bisik dekat yoe time live. Haha , winn la korang.. “

Betullah disebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan pada hambanya. Yoe Parey sudah membuktikan kekurangan bukan satu kelemahan. Bocey juga patut diberi pujian kerana berani menampilkan kelainan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fad dan Bocey akan berjaya sehingga ke peringkat akhir dan menjadi juara. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey, IG Astro Gempak by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..