” Handsome anak Intan, yang ni ikut muka Intan.” – Netizen

Intan Sarafina Muatnaik Video Anak-Anaknya Bersukan Yang Mencur1 Perhatian Peminat. Wah, Handsome Dan Juga Berbakat Dalam Bermain Bola !!

Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya merupakan seorang penyanyi yang mula membina nama sejak dari tahun 2000. Antara lagu popular yang melonjakkan nama Intan ialah Kembali dan Duhai Malam.

Meninjau ke akaun Instagram, Intan ada memuatnaik dua buah video yang memaparkan anak-anaknya sedang bermain bola sepak dan badminton. Megat Evan Raez dan Megat Israfel Raez dilihat sangat berbakat dalam bidang sukan.

Lihat sahaja cara mereka menimbang bola menggunakan kaki nampak begitu professional sekali. Mereka berlatih hanya di halaman rumah dengan seorang jurulatih. Tidak mustahil jika suatu hari nanti mereka boleh menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

Selain aktif bermain bola sepak, Evan dan Israfel juga aktif bermain badminton. Nampaknya anak-anak Intan sangat gemar bersukan dan ianya sangat bagus mengisi masa lapang dengan aktiviti sebegini. Bukan sahaja menyihatkan badan malah boleh mengas4h bakat.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Cara anak-anak Intan bermain menerima pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ;

” Handsome anak intan.. yang ni ikut muka intan.. Pandai nya dia main beb.. Evan and Rafel good luckk.. handsome boy.. “

” Boleh hantar ke ke spain dh lps ni training kat sana.. Mcm kenal org yg berbaju kelabu tu.. All the best for ur kids. They have skill.. “

Wajah anak-anak Intan juga turut mencur1 perhatian peminat. Kedua-duanya sudah meningkat remaja dan memiliki wajah yang handsome. Untuk makluman Intan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang bernama Megat Noah yang merupakan anak bongsu.

Bukan sahaja anak-anak, Intan sendiri juga aktif bersukan. Jika anda mengikuti perkembangan Intan di media sosial, Intam sering berkongsi aktiviti senamannya untuk kekalkan stamina dan sentiasa sihat. Semoga Intan Sarafina sentiasa bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Sarafina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..