” Baby D sedang bermain di Syurga. Al-Fatihah.. “

Gambar Lawatan Ke Pusara Baby D Buat Peminat Hiba. Semoga Terus Kuat Abby Abadi. Anak Syurga Menantimu Di Sana !! 

Seluruh negara dikhabarkan berita mengej0tkan apabila Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang. Dengan berat cuma 535gram, bayi itu diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal atau lebih dikenali dengan nama Baby D.

Perkembangan Baby D yang mana ditempatkan di unit jagaan rapi sentiasa dikemaskini oleh Abby untuk bacaan peminat-peminatnya. Berkalung doa dititipkan oleh seluruh peminat di seluruh negara untuk kesihatan Baby D agar dia terus bertahan dan bertar0ng untuk hidup.

Namun segalanya sudah tertulis di luth mahfuz, Baby D akhirnya di jemput Ilahi. Takdir telah menentukan Abby dan suami tidak dapat berada di sisi anak syurga ini kerana mereka berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bah4ng kesedihan Abby sekeluarga turut dirasai seisi keluarga dan seluruh peminat tanahair.

Menerusi akaun Instagram, Abby memuatnaik beberapa keping gambar ketika mereka melawat pusara Baby D sekembalinya dari umrah. Kelihatan suasana pilu menyelubungi melihatkan dari raut wajah suaminya Jai. Terpancar rasa sayu dan sugul namun jelas juga kelihatan perasaan redha dengan segala takdir qada dan qadar Allah.

Jom baca perkongsian Abby di bawah :

” Ni apa Abah?.. “

” Kub0r tu apa?.. “

” Kenapa kena duduk sini?.. “

” Agaknya kalau dah besar sikit & buleh bercakap mesti Daiyan tanya macam-macam kan ? “

” Daiyan Dayana pun tak sempat nak bertentang mata dengan Arw4h Baby D.. InshaALLAH semoga kita semua dapat jumpa semula di Syurga ALLAH ye sayang-sayang Mama semua.. “

Rata-rata peminat juga terkesan dan merasa pilu melihat gambar tersebut. Antara komen-komen peminat :

” InshaAllah semoga ada rezeki lagi mama sekeluarga… Kuat yea akak, dari kami si kembar 3 Saudi.. “

” Al fatihah buat anak syurga… Salam takziah buat kak Abby sekeluarga.. “

” Alaaaaaa ensemnyee daiyan… Alfatihah.. Semoga mama kuat.. “

” Al fatihah untuk anak syurga.. “

” Semoga kak Abby sabar dan kuat ye… Allah menguji kita kerna Allah sayang.. “

” Setiap yang berlaku ada hikmahnya… Allah memberi sesuatu untuk kita renungi… “

” Takziah akak abby.. Baby D anak syurga.. Allah beri ujian nya, DIA tahu akak mampu.. Sabar ye akak.. “

” Beruntung kak abby dan suami. Dah ada tiket untuk ke syurga. Nampak indah. Tapi hakikat sabar tu yang hanya Allah je tahu hati akak dan family. Moga terus kuat.. “

” You are such a strong woman kak Abby.. “

” Baby D sedang bermain disyurga.. Al fatihah.. “

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untuk Abby sekeluarga. Pastinya ada hikmah disebalik kejadian dan pastinya Allah merencanakan sesuatu yang lebih indah dan baik untuk Abby. Kami di Berita Kopak mengucapkan salam takziah sekali lagi di atas pemergi4n anak syurga Baby D dan moga Abby diberikan kekuatan setinggi gunung untuk mengharungi hari-hari mendatang.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..