” Serupa pokok krismas pun ada jugak.. “

Dato’ Sri Vida Kongsi Gambar Beliau T1ru Gaya Neelofa Dengan Menggayakan Turban. Tapi Tak Sangka Ini Respon Netizen, Alahai.. Kesian Dato’ Vida !!

Siapa tidak kenal akan Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Vida, memiliki ketokohan dan sisi berbeza dalam bidang keusahawanan berikutan kebijaksanaannya menyusun strategi pemasaran serta penjenamaan melangkaui masa depan.

Dato’ Vida juga merupakan bekas guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah Cina itu menggunakan pelbagai strategi berbeza. Pernah mengeluarkan klip video lagu I Am Me nyanyiannya yang ditonton lebih 3.2 juta di seluruh dunia, bagi mengukuhkan namanya sebagai usahawan kosmetik paling popular.

Beliau selayaknya digelar ikon bidang perniagaan kosmetik. Mempunyai pakej lengkap, personaliti dan ketokohannya yang tidak pernah putus asa, sentiasa tampil unik, pemikir, yakin, idealis dan berani menjadi resipi kejayaan seharusnya dijadikan inspirasi pada wanita lain.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Vida telah berkongsi beberapa keping gambar terbaru beliau dengan imej yang berbeza daripada sebelum ini. Beliau telah menggayakan fesyen turban. Beliau juga berkata ingin mencuba imej baru itu apabila melihat pengacara popular, iaitu Neelofa menggayakan fesyen tersebut.

Ikuti perkongsian Dato’ Vida di bawah  :

” Fesyen Apo ni..? @neelofa pakai turban.. Nak try juga. Pastu.. Gano ni. Sy mmg suka crumple.. “

Rata-rata netizen ada yang berpendapat imej tersebut tidak bersesuai dengan Dato’ Vida namun tetap kelihatan comel. Antara komen-komen tersebut :

” Datoooooooo tak sesuai I laaa dgn datooooo.. “

” Nampak heavy sangat Dato. Dato pakai simple2 pun dah cantik.. “

” X ok. Npok bulat.. “

” K.O! DSV pakai tudung bawal simple2 je.. nampak lagi muda.. pakai mcm ni nampak mcm makcik2.. “

” Kalau aku pakai mcam ni .. Confirm laki aku pi suruh tukar balik . Die kata mcm pokok christmas jea.. Btw cincin ruby tu cantik..”

” Rasa serba salah saya tengok.. “

” Molek paka serupo sekalo.. Tapi sekali sekala nak ubah angin, boleh jerr kan.. “

” Supo pokok krismas pun ado jugok .. “

Lain orang, lain cita rasa, terpulanglah pada Dato’ Vida sendiri. Kalau rasa cantik, pakai sahaja lah. kalau rasa tak ok.. Baik tak payah. Tapi bagi pendapat Admin, Dato’ Vida lagi manis cantik dengan gaya sebelum ini. Nampak manis dan sesuai dengan Dato’ Vida.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Vida sentiasa bahagia bersama anak-anak dan dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Dato’ Seri Dr. Hajah Vida Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..