” Dia bagi makan sebab doktor bagi tau. Bukan main bagi je baby makan.. ” – Netizen

Muatnaik Video Sedang Bagi Makan Bunga Elhaq Yang Kini Baru Berusia 4 Bulan, Perkongsian Elisya Sandha Mengundang Pelbagai Respon Daripada Netizen. Alahai Comelnya Reaksi Bunga Makan, Berselera Sungguh !!

Fasa bayi boleh diberi makanan solid food antara yang dinanti-nantikan oleh para ibu. Pelbagai perasaan pasti terdetik di hati. Runs1ng memikirkan makanan apa yang hendak diberi, apakah menu yang sihat dan berkhasiat untuk si kecil itu antara yang sering berlegar dalam pemikiran kaum ibu.

Begitu jugalah yang dilalui oleh pelakon Elisya Sandha. Meninjau akaun Instagram Elisya Sandha, telah dikongsikan video reaksi Bunga Elhaq saat pertama kali diberi makanan. Cerita Elisya, setelah membuat research dan yakin itu masa yang sesuai, Bunga akhirnya diberi makan pada usia 4 bulan 13 hari.

Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet setelah menonton video ini. Ramai yang mempersoalkan mengapa Elisya terlalu awal memberi makanan kepada Bunga sedangkan Bunga belum lagi mencapai usia 6 bulan.

Tertera pada hujung kapsyen, Elisya ada men1nggalkan nota memberitahu ini semua adalah saranan dan telah dipersetujui oleh doktor. Makanan pertama Bunga pastilah nasi (bubur), bak kata Elisya tekak Melayu kan. Seronok Bunga dapat makan, comel sangat reaksi muka tu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka. Antara komen-komen rakan-rakan selebriti dan warganet yang dapat dikongsikan :

” Bunga hebat, Khawla pun starts slowly at 4 months old. Inshallah, moga sihat sihat Bunga sayang.. ” – Ernie Zakri

” Nanny dah mulai rinduuu Bunga.. Nanna sheilarusly_jspictures tak mula rinduii bunga ker.. ” – Mama Sandha

” Awww Bunga dah big girl laaa.. Enjoying rice at 4Months ++.. Kenyang laaa diaaa.. ” – Catriona Ross

” Yaayy baby bunga dah start makan.. sha nt try bg butternut squash, more vitamins & taste better than normal pumpkin. bunga will love it.. ” – Dayana Roza

” Doktor swasta tak sama dgn doktor kerajaan. Dia check up anak kat swasta. Sbb tu anak dia boleh makan masa umur 4 bulan. Ayoo baca lah caption sampai habis. Dah baca habis kalau tak paham pi google sana. Nak masuk 2023 dah.. “

” Same with my kids.. all start eating at age 4 months as recommended by paediatrician.. Alhamdullilah, they have grown up in healthy and smart.. my advice listen to the expert.. “

” Boleh dh yer makan 4 months.. Anak sy tgk je bila org makan mulut dia dh kecap2 sian.. nk refer Paed jgk lar nnti.. rasanya cm dh ready je dia nk makan.. “

” Dia bagi Makan sebab doctor bagi tau. Memang Ada baby yg dah ready untuk Makan umur 4 Bulan, doctor Akan tengok dulu baby tu macam mana. Bukan main bagi ja baby Makan.. “

Semakin membulatlah Bunga selepas ini, nampak sangat berselera makan. Apa-apa pun, Elisya pastinya inginkan yang terbaik buat Bunga. Semoga Bunga sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang ceria dan membahagiakan semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elisya Sandha, IG Bunga Elhaq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..