” Bila mom dah start pok pek, bertabah je lah Aleesya. Haha.. ” – Netizen

Video Erra Fazira Bersama Anaknya Engku Aleesya Bermain Roller Skates Di Rumah. Part Erra Buat Deal Tentang Jadual Hujung Minggu Aleesya Tu Kelakar. Macam Tu Sekali Reaksi Muka Aleesya. Tak Nak Pan4s Rupanya Yer, Hehe !!

Remaja masa kini lebih gemar menghabiskan masa terluang dengan menghadap komputer dan handphone berbanding melakukan aktiviti luar. Begitu jugalah yang dihadapi oleh pelakon cantik Erra Fazira kerana anak perempuannya, Engku Aleesya lebih gemar memerap di dalam rumah.

Meninjau akaun Instagram Erra Fazira Primadona, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan perbualan antara Erra dan Aleesya. Dalam video ini, Erra berbincang dengan Aleesya mengenai jadual hujung minggu Aleesya.

Erra lebih suka melihat Aleesya menikmati zaman remajanya ini dengan membuat pelbagai aktiviti. Berbasikal, bermain badminton, bermain roller skates antara aktiviti yang dicadangkan oleh Erra untuk Aleesya.

Aleesya menjawab dia lebih selesa berada di rumah kerana aktiviti di luar terp4ksa berpan4s dan berpeluh. Erra menetapkan hari Sabtu Aleesya perlu mengikut Erra membuat aktiviti. Manakala Ahad pula hari bebas untuk Aleesya bermain games dan apa sahaja yang disukainya.

Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

Video Erra dan Aleesya ini menarik perhatian warganet dan antara komen-komen yang diberikan setelah menonton video ini :

” Yess, Enjoy it aleesya, growing up is a journey that have no turn back… enjoy to the fullest, explore more and more while you have time especially with your loved ones… the memories will stay forever.. “

” Happy selalu Mom Erra & Aleesya. Comel tengok Erra dan Aleesya ni. Suka tengok anak Erra sekarang, dia nampak happy.. “

” Gentle, table talk. Kita buat deal terus hhehe. Aleesya so natural, sabar ye Aleesya haha.. Mommy always win lah.. “

” Haha the last part was so funny, what huh haha. You don’t huh huh me ar haha.. Cantik anak Erra ni.. “

” Nasib baik Erra tak ajak naik superbike. Bila mom dah start pok pek, bertabah jelah Aleesya haha. Mom membebel, Aleesya redha je haha.. “

” Dah besar Aleesya sama tinggi dengan mom dah. Seronok dengar Erra membebel, muka Aleesya tu cute je. Sindr0m mak-mak, enjoy jela tu baru mukadimah haha.. “

” Yeayy more video with Aleesya please. Bila Aleesya kena dengar mom membebel, muka pasrah redha semua keluar haha.. “

Betul kata Erra, waktu ini Aleesya perlu explore semua aktiviti dan ini akan menjadi memori zaman kanak-kanak yang akan selalu diingati apabila dewasa kelak. Bertabahlah Aleesya, layankan sahaja kehendak mom okey.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira Primadona, IG Errafazira1, Youtube Channel Keep In Touch With Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..