” Cantiknya Intan, makeup so natural. Dah macam pengantin pula tengok.. ” – Netizen

Penampilan Intan Ladyana Ketika Hadir Ke Festival Filem Malaysia Cur1 Perhatian Ramai. Wow Cantik Sangat Intan, Baju Songket Pun Lawa. Manis Betul Sejak Dah Bertudung Ni !!

Baru-baru ini, pelakon, Intan Ladyana telah memuat naik fotonya di Instagram yang menampilkan dirinya sudah berhijab. Dalam hantaran itu, Intan yang juga isteri kepada pelakon dan pengacara, Harris Alif turut berkongsi momen indah menikmati percutian bersama keluarga di atas kapal.

Penampilan ibu kepada Eviee Khadeeja ini telah mendapat reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji penampilan manis Intan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik seorang jurusolek telah berkongsi gambar dan video Intan yang disoleknya.

Difahamkan Intan telah dijemput hadir ke Majlis Festival Filem Malaysia. Kelihatan Intan begitu cantik mengenakan busana songket berwarna coklat. Malah solekan natural pada wajah Intan buatkan dirinya naik seri.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai. Ramai yang memuji penampilan Intan pada malam itu dan menyatakan yang Intan semakin cantik setelah bertudung. Sehingga kini, gambar Intan telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-ratanya memuji kecantikan Intan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya Intan, makeup so natural, baju pun lawa. Dah macam pengantin pula tengok. Berseri-seri betul.. “

” Cantik lah Intan sejak bertudung ni, nampak lagi sweet tau dah macam baru umur 20-an je. Suka tengok.. “

” Loveee sangat makeup ni. Sekali tengok video ni baru perasan muka Intan ada iras Hanis Zalikha lah.. “

” Manisnya senyuman, tak puas tengok Intan semalam dekat TV. Lawa betul sejak jadi ibu dan dah bertudung ni.. “

” Nampak muda lah sejak dah berhijab ni. Serius cantik makeup Intan, baju pun sepadan betul dengan Intan.. “

” Tengok ffm32 nak tengok Intan je, kenapa lah sekejap je, cantek make up, so natural, baju cantek sopan sangat.. “

” Woww Intan. Pakai tudung macam tu nampak lagi muda lah. Intan ni kategori natural, simple and pretty.. “

Patut lah ramai yang memuji, memang sekali Intan. Nampak macam pengantin pun ada. Bagi yang mengikuti perkembangan Intan sejak dahulu lagi, pasti mengetahui wajah Intan ini sudah cantik semula jadi dan tidak perlu mengenakan solekan yang tebal untuk tampil cantik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bellahudd, lumiereconcept, intanladyana, 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.