” Comel pula benda yang Adira bawa ni.. ” – Netizen

Muatnaik Video Pergi Ke Kedai Bersama Anak-Anak, Namun Scooter Adira Suhaimi Cur1 Tumpuan Ramai. Wah Macam Best Je Naik Scooter Macam Ni. Siap Boleh Angkut Semua Anak-Anak !!

Meninjau ke akaun Instagram Adira Suhaimi, perkongsian video terbaru yang memaparkannya pergi ke kedai bersama anak-anak telah meraih perhatian ramai. Adira telah membawa tigaΒ  daripada empat orang anaknya.

Adira sememangnya dilihat seorang ibu yang cekap dan serba boleh di mana Adira boleh menguruskan keempat-empat anaknya yang masih kecil walaupun melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Adira singgah ke kedai bersama anak-anaknya dengan hanya menaiki scooter. Apa yang menarik ialah scooter Adira ini boleh dinaiki ramai dan nampak seperti kereta mini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka dan lebih 200 komen buat masa ini. Ramai yang memuji Adira yang sangat cekap melakukan tugas sebagai ibu. Gaya Adira juga agak semp0i dalam video tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang berminat dengan kenderaan yang dinaiki Adira ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Ibu yg cekap…. syukur alhamdulillah. semoga sihat selalu.. Kreta cantik.. dira cantik ..kasut cantik.. Baju cantikkk semuaaalaahh cantik.. “

” So relax tau situasi ni. Tk pyh nk bajet melawa sgt sampai m4lu pada pandangan manusia. Lalui je kehidupan mcm biasa. Semoga Allah SWT kurniakan kebahagiaan dunia akhirat pada keluarga ni.. “

” Seronoknya.. hebat mak orang ni.. Haha, comel plak bnde yg adira bwk ni. tak tw npe ape.. i tertarik dengan moto ni.. mana beli.. “

” Ah comel, nak sebijik.. bestnya mana beli.. tiba tiba jat0h hati dengan scooter macam tu.. doakan dpt beli utk mak.. sng skit hantar anak2 g ngaji.. “

” Berkenan betul scooter ada penumpang tu. Doakan. Sy dpt beli. sekarang tkde rezeki lg nak beli. beli mana.. “

” Seronok eh sis makan aiskrim.. suke tgk adira dan smngt dia g4mble je kemna2 dgn ank2.. Sempoi g1laaa boleh makan eskrem sambil bawak anak2.. “

” Comelll la, mna bli buggy tu sis multitasking pnya ibu.. Klau kita pkai putih sekejap ke boleh pkai ngn anak2 ni.. “

Nampak sangat menarik kan scooter yang dibawa oleh Adira ini. Kalaulah ada scooter sebegini, memang setiap masa anak-anak ajak berjalan ke kedai, hehe. Semoga Adira sentiasa bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..