” Cutenya dia punya baby talk.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Rina Yang Kini Sudah Pandai Mengikut Bapanya Bercakap Raih Perhatian Warganet. Alahai Comel Betul. Mengomel Apa Tu Rina, Hehe !! 

Perkembangan tumbesaran anak sering membuatkan ibu bapa berasa teruja. Daripada mula meniarap sehinggalah pandai berjalan dan bercakap selalu dinantikan oleh ibu bapa. Gelagat anak yang semakin membesar juga kadangkala menghiburkan.

Meninjau ke akaun Instagram Duriankimchi, video Rina yang sudah pandai mengikut percakapan orang lain telah dikongsikan. Umum mengenali yang Rina merupakan cahaya mata Nik Muhammad Ryzal dan isterinya yang berbangsa Korea, Maryam You Narae.

Rina mengikut percakapan bapanya dengan menyebut ‘ baa baa baa’. Gelagat Rina ini telah membuatkan ramai netizen terhibur dan ger4m melihatnya. Nampaknya Rina sudah mula menunjukkan perkembangannya untuk bercakap.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 11 ribu tanda suka. Rina sangat comel dengan pipinya yang labuh dan juga sangat suka tersenyum. Memang baby Korea sangat Rina ni.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat gelagat Rina. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Kuat gen maryam kat rina.. bulat ikut ryzal… comel rina smakin hari.. dia nak cerita psl omma dia tu.. eee, ger4mnya.. “

” Bolehlah cakap korea nanti, Sama la dgn anak buah saya, dia pun dah pandai cakap.. langsung tkde rupa melayu.. “

” Cute nya dia punya baby talk.. Rina pon pening nk cakap mlyu ke korea ni.. Aba baba babaa.. eiii ger4mmm Aunty pinjam pp rina boleh tak ? ” 

” Pipi tu nak gi mana Rina syayanggg.. Pandai sembur dah bersedia la Mariam untuk gug0r rambut Ger4m tgok pipi.. “

” Subhanallah.. comel nya Rina. Bentuk muka exactly bentuk muka rizal, tapi iras wajahnya mmg Mariam sesangat.. “

” Mcm anak sy.. si pipi labuh, ger4m nak c1um kuat kuat.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah… Aamiinnn duriankimchi.. “

” Woww kecik2 dah pandai cakap korea heee.. Rambut rina tebal mcm daddy nye.. Baby talk paling takkan jemu nk layan.. “

Tidak sabar rasanya hendak melihat Rina petah bercakap nanti. Pastinya Rina boleh bercakap tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, English dan Korea. Semoga Rina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya serta berbakti kepada ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..