” Cute sangat keknya, sama cute dengan Fahri tu.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Dayah Bakar, Achbar Muhammad Fahri Yang Ke 2 Tahun. Wah Meriahnya Walaupun Simple Majlisnya. Happy Birthday Fahri !!

Meninjau akaun Instagram Dayah Bakar, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran anak pengacara Dayah Bakar iaitu Achbar Muhammad Fahri yang ke 2 tahun.

Memilih tema bola sepak, Dayah bersama suaminya, Kapten Hanif dan Fahri memakai baju jersi pasukan MU berwarna merah. Jika tahun lalu sambutan hari lahir Fahri diadakan di Australia kali ini Dayah memilih untuk mengadakan majlis secara outdoor.

Majlis ini diaturkan dalam masa beberapa hari dan alhamdulillah segala perancangan yang diinginkan Dayah menjadi kenyataan. Kek Fahri yang ditempah khas juga nampak comel. Dihiasi dengan harimau memakai jersi di atas kek, ianya nampak begitu menarik.

Seronok kanak-kanak lain dapat bermain beramai-ramai sebegini. Fahri juga nampak gembira dapat meraikan bersama seluruh keluarga dan kawan-kawan. Sehingga kini perkongsian oleh Dayah ini telahpun mencatatkan sebanyak 15 ribu likes daripada peminat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Pastinya Fahri akan mengingati majlis istimewanya ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Happy birthday Fahri handsome. Comel sangat gambar ke 7 tu. Ee bud4k Dayah tutu dayah tutu ni.. “

” Happy birthday Fahri, he’s so adorable. Super cute lah Fahri, seng1h tu memang buat ger4m tengok.. “

” Happy belated birthday Fahri. Still remember celebrate birthday Fahri dekat Canberra last year. How time flies. May Allah always bless you and your family.. “

” Happy birthday Fahri sayang, semoga membesar dengan baik. Masih ada lagi rupanya artis fans MU hehe.. “

” Dah tahu dah Fahri senyum ikut siapa, arghh cute Fahri. Semoga menjadi anak yang soleh.. “

” So cute lah Fahri senyum, happy birthday Fahri sayang. Semoga jadi anak yang soleh dan penghibur hati baba dan ibu selalu.. “

” Wah kek fahri bukan main lagi ye. siap ada jersi lagi hehe.. ni confirm tak termakan part harimau berjersi tu, cute sangat kek nya sama cute dengan Fahri tu.. “

Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Achbar Muhammad Fahri. Semoga membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang berbakti kepada orang tua dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Bakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..