” Cute tak hilang wei.. ” – Daebakingz

Video Ernie Zakri Membuat Persembahan Dikir Barat Ketika Berusia 16 Tahun. Wah Jadi Tukang Karut. Muka Tu Tak Berubah Sangat. Comel Dan Terhibur Tengok Persembahan Ernie !!

Meninjau ke akaun Instagram Daebakingz, sebuah video yang memaparkan Ernie Zakri membuat persembahan dikir barat telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi satu akaun TikT0k bernama erniegrande_brunomemel.

Video yang berdurasi beberapa saat ini merupakan video thr0wback pada tahun 2008 di mana pada waktu itu Ernie berusia 16 tahun. Persembahan dikir barat ini merupakan pertandingan  antara sekolah.

Wajah dan penampilan Ernie tetap sama sehingga kini. Tetap comel dan menghiburkan persembahan Ernie ini. Dapat didengari suara-suara penonton yang memuji kecomelan Ernie ketika membuat persembahan.

Ernie sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Sangat merdu suara Ernie menyanyikan lagu dikir barat dan tidak hairanlah Ernie kini berjaya membina nama dalam industri hiburan tanah air.

Jom tonton video di bawah :

Sekadar info, Ernie telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi popular, Syamel dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla.

Walaupun video tersebut sudah 14 tahun yang lalu, namun wajah Ernie tetap seperti dahulu. Semoga Ernie Zakri terus berjaya dalam kerjaya seni dan terus menghiburkan para peminat dengan nyanyian Ernie yang merdu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..