” Cuba bacakan surah, mesti baby tu lagi suka.. ” – Netizen

Ini Respon Raf Yaakob Apabila Diminta Baca Surah Oleh Netizen Daripada Menyanyikan Lagu Kepada Bayi Dalam Kandungan Isterinya, Mawar Rashid. Suara Raf Menyanyi Dikatakan Sama Sangat Dengan Suara Dato’ Fazley Yaakob !!

Umum mengetahui bahawa selebriti Mawar Rashid kini sedang mengandung anak kedua hasil perkongsian hidupnya bersama pelakon, Raf Yaakob. Raf juga merupakan adik kepada chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob.

Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael yang kini sudah berusia 1 tahun. Manakala Raf juga mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan melalui perkahwinannya yang terdahulu.

Menurut Mawar, sebelum ini Mawar telah menjalani ujian kehamilan sebanyak tiga kali dan akhirnya baru mengetahui bahawa dirinya sedang hamil. Mawar juga kini sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Menerusi akaun Instagram, satu video telah dikongsikan di mana ia memaparkan Raf sedang menyanyikan sebuah lagu sambil memegang perut Mawar. Reaksi Mawar memuji nyanyian suaminya itu membuatkan ramai terhibur kerana mimik muka yang diberikan oleh Mawar.

Jom tonton video di bawah :

Ada yang menyatakan suara Raf sama seperti abangnya, Dato’ Fazley Yaakob. Antara komen-komen netizen :

Hahaha sooo cute both of you .. “

” Mawar mcm saya bila husband puji mesti Mata rolling keatas  padahal kita suka jr kena puji .. “

” Dr dulu smpai skrg couples ni klo record nyanyi. Mmg Lagu ni je yg kluar.. “

” Ahhh kak mawar pregnant second baby . Tahniah kak mawar n abg raf … semoga kak mawar n baby sihat2 je … abg raf jga kak mawar cantikkk tu bebaik yaa … “

” Suara sebiji dato fazli… your voice same.. “

” Wahh pregnant lagi la.. congratssss .. Suara sama ngn abg fazley.. “

Namun ada juga netizen yang mencadangkan supaya dibacakan surah daripada menyanyikan lagu kepada bayi dalam kandungan. Namun ini respon Raf :

Benar juga apa yang dikatakan oleh Raf itu. Ini kerana komen-komen daripada para netizen sememangnya tidak boleh dijangkakan. Semoga Mawar dipermudahkan melalui pengalaman mengandung dan bersalin buat kali kedua ini. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raf Yaakob, Mawar Rashid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..