” Alhamdulillah syukur dah jadi bapak dah hampa.. ” – Rozita Che Wan

Pereka Fesyen Terkenal, Rizman Nordin Kongsi Berita Kelahiran Anak Sulungnya Seorang Bayi Perempuan. Alahai Comelnya Muka Macam Arab, Nama Pun Unik Sungguh. Tahniah Rizman !! 

Nama pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini bukan asing lagi dalam dunia fesyen. Gabungan antara Rizman Nordin dan Ruzaini ini menghasilkan satu hasil kerja yang sangat mengagumkan. Sentuhan tangan mereka ini sering menjadi pilihan ramai artis dan juga golongan kenamaan.

Sekitar bulan Mac yang lalu, Rizman dan Ruzaini memberikan khabar gembira bahawa mereka bakal menimang cahayamata. Suratan atau kebetulan, isteri mereka hamil dan ini menggembirakan dua sahabat ini. Bekerja bersama, dapat cahayamata pun bersama, indah sungguh perancangan Allah.

Baru sahaja Rizman kongsikan gambar isterinya Nurida Suraya yang sedang sarat hamil beberapa hari lepas. Mereka yang menghitung hari untuk menimang cahayamata ini teruja untuk melihat wajah zuriat pertama mereka ini. Wajah Nurida pun tetap cantik berseri walaupun sudah sarat benar kandungannya.

Meninjau akaun Instagram Rizman Nordin, telah dikongsikan sekeping gambar bersama kapsyen yang memaklumkan kelahiran bayi mereka. Nurida selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan sebagai Rizqaa. Sedap sungguh namanya seindah wajah si kecil ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai dan Instagram Rizman dihuj4ni ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Antara komen-komen mereka :

” MashaAllah, congratulations to both of you.. ” – Zahirah Macwilson

” I’m not crying, you are.. ” – Fazura

” SubhanAllah walhamdulillah baby Rizqaa is so beautiful and adorable. hello daddy rizman congratulations mama nuridasuraya tahniah tahniah.. “

” Alhamdulillahhh syukurrrr… tahniah adikku rizman n nurida suraya .. im so happy for both of you.. ” – Erra Fazira

” Tahniah rizman .. ya Allah dh jadi bapak dh hampa .. semoga anak ini menjadi anak yg soleh .. amin.. ” – Rozita Che Wan

” Tahniah hangpa dua. Alhamdulillah. Happy for you. Look like her mother Beautiful.. ” – Nourul Depp

Alhamdulillah akhirnya penantian 9 bulan 10 hari berakh1r sudah. Wajah si comel Rizqaa ini nampak mirip dengan Nurida, manis dan comel sekali. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Rizman dan Nurida. Selamat berpant4ng Nurida dan semoga baby Rizqaa membesar dengan sihat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizman Nordin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..