” Adui lucu la kamu orang, ng0k ngek betul lah.. ” – Netizen

Miera Leyana Kongsi Video Teaser Majlis Resepsi Perkahwinannya. Namun Ada Kejadian Yang Melucukan Berlaku. Alamak Sampai Macam Tu Sekali Jadinya, Mujur Semua Selamat !!

Majlis pernikahan pelakon Miera Leyana bersama seorang ahli perniagaan bernama Rosland Othman sudah pun dijalankan pada 26 Julai yang lalu. Manakala majlis berinai dan resepsi pula diadakan pada majlis yang berasingan minggu lepas bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Miera dan Rosland menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini untuk majlis berinai dan resepsi mereka itu. Pemilihan tema klasik untuk majlis berinainya memeriahkan lagi suasana dengan dekorasi dan suasana yang seakan-akan berada di era 60an.

Miera yang kelihatan berseri-seri tampak berlainan hasil sentuhan magik daripada jurusolek terkenal Alha Alfa. Walaupun umur antara Miera dan Rosland agak jauh bezanya, mereka nampak seakan sebaya kerana raut wajah Rosland yang awet muda itu.

Meninjau akaun Instagram Miera Leyana, telah dikongsikan satu video di sebalik tabir pembikinan teaser receptionnya. Lawak jadinya bila Miera beraksi bersama suami sendiri sampai terpelec0t kaki. Nasib baiklah Miera sempat bertapak dan duduk di tangga kalau tidak, bertongkatlah pengantin baru kita ini.

Jom tonton video di bawah :

Aksi tidak terduga Miera dan Rosland ini mencuit hati dan menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Hahah kelakar tapi cute gil4. Banyak kali tengok.. “

” Ulang byk kali still tergelak.. Sori miera, tapi best sporting.. “

” Hihihihi ni lawak but sporting takper hahaha.. “

” Sorry tau tergelak kan. Lucu sangat rupanya Miera ni, baru tahu sikap sebenar Miera.. “

” Adui lucu la kamu ng. Terkej0t tapi sukaaaa tengok. Ng0k ngek betul lah.. “

” Mmg romantic habis part mula2. Hahaha nsb takda org ya last part part tu. Comel sungguh.. “

” Its funny Spontaneous. Mmg lawak Miera nihhh.. “

” Hahahahhahahah buat hal.. sabo je lah.. so sweet.. “

” Aduh baru nk romantik sekali jat0h pulak .. alahai.. “

Alahai terjelep0k jat0h sudah macam nangka la Miera haha. Rupanya ada kejadian lucu semasa pembikinan video mereka, memang buat peminat tergelak melihatnya. Apa pun, semoga Miera dan Rosland sentiasa gembira dan bahagia bersama until jannah, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Miera Leyana, IG Ruzman Ruzaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..