” Comelnya Datin, yang gambar ke 3 macam muka Baem.. ” – Zarina Zainuddin

Kongsi Gambar Lama Ketika Sekolah Menengah, Wajah Datin Shahida Cur1 Tumpuan Ramai. Wahhh Memang Dari Dulu Dah Cantik Datin Ni, Patut Pun Dato’ Aliff Syukri Terpikat !!

Datin Shahida merupakan isteri kepada Dato’ Aliff Syukri dan ibu kepada 5 orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Pasangan ini turut membesarkan seorang anak angkat yang bernama Ameena.

Datin Shahida memang terkenal dengan penampilan yang ayu, cantik dan menarik, maka tidak hairan lah Datin Shahida pernah menjadi model syampu Sunsilk satu ketika dulu. Umum mengetahui, Datin Shahida juga teman rapat dengan penyanyi Bienda. Mereka adalah anggota asal kumpulan nasyid Solehah.

Datin Shahida memang aktif dalam kumpulan nasyid sejak dari bangku sekolah lagi dan pernah bersekolah rendah  di SK Sri Perak yang bertempat di Sentul. Menurut Datin Shahida, pada waktu itu sekolah tersebut tidak ada bangunan sendiri dan dia terp4ksa berjalan kaki untuk ke sekolah.

Baru-baru ini, Datin Shahida telah memuatnaik gambar semasa zaman sekolahnya. Gambar-gambar tersebut mengimbau semula kenangan zaman remaja Datin Shahida yang sangat menyeronokkan. Datin Shahida menyatakan, andai masa boleh diputarkan, Datin Shahida nak pergi sekolah tiap hari.

Ikuti perkongsian Datin Shahida di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Malam tadi saya mimpi pula saya kembali ke sekolah🤣🤣…panjang betul kisah dia…Tapi, Ya Allah seronoknya sampai bangun tidur pun duk senyum2 lagi……ini la realiti zaman sekolah,zaman remaja dan kanak2 adalah sangat menyeronokkan……andai masa boleh diputarkan. saya nak pergi sekolah tiap hari😂😂…maklumla dulu kumpulan solehah kalau ada show je kita orang ponteng sekolah.. Dulu sekolah rendah saya sekolah di SK Seri Perak,sekolah ni unik sebab bawah flat 17 tingkat,tapi sekarang mereka dah ada bangunan sendiri..tapi bukan kat perak tau sekolah tu ,kat sentul je…😅… Zaman dulu pergi sekolah jalan kaki tau,sekolah tadika dah jalan kaki lebih kirang 1 km…zaman sekarang tak berani tau nak bg anak keluar jalan kaki sendiri… . Masuk sekolah menengah baru merasa duduk sekolah ada bangunan sendiri,Di SMK Bandar Baru Sentul . nak kata pandai sekolah tu tidakla,sederhana je….tapi saya mmg suka kalau bab sukan2 ni…bak kata mak saya ‘kalau nak mengelinjang sebelum subuh dan celik biji mata😝’… . siapa mak dia dulu2 pun suka bebel mcm tu??

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Perkongsian gambar zaman sekolah Datin Shahida meraih perhatian peminat. Antara komen-komen peminat :

” Comelnya datin yang gambar ke 3 macam muka baem.. ” – Zarina Zainuddin

” Zaman sekolah pun dah cantik dan ayu , datin memang cantik dari azali.. “

” Yeayyy kita geng SKSP dengan SMKBBS ! wah up gambar g4ng hoki sekolah ni.. “

” Dulu sudah cantik sekarang makin cantik datin. Alhamdulillah rezeki orang yang hatinya baik , tak menyomb0ng , terbaik datin.. “

” Sama la datin mak selalu ckp , kalau nak melang0k tau je bangun awal.. “

” Lama tak dengar perkataan MENGELINJANG tu datin. Allah !!! rindu zaman sekolah dulu.. “

” Zaman ni nak bagi anak keluar depan rumah pun tak berani , tak sama time kita dulu tadika pun boleh pergi sendiri.. “

Alahai cantiknya Datin Shahida masa zaman remaja. Ramai yang menyatakan persamaan muka Datin Shahida dengan anak-anak. Netizen juga mengimbau kembali kenangan mereka semasa di sekolah, dan betapa rindunya mereka dengan zaman remaja. Semoga Datin Shahida terus berjaya dalam kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..