” Ad0h Shuib mengimbau kenangan pulak, terngiang gelak tawa riang arw4h.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Shuib Sepahtu Berpuasa Di Kampung Halaman Raih Tumpuan Peminat. Tengok Rumah Dan Suasana Kampung Tu Teringat Kenangan Dengan Arw4h Siti Sarah. Mencari Damai Yang Hilang !!

Kedatangan bulan Ramadhan tahun ini pastinya berbeza untuk pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. Tanpa isteri tercinta di sisi, suasana berbuka puasa dan bersahur tidak lagi seperti dahulu dan semuanya perlu dilalui bersama anak-anak sahaja.

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan beberapa posting yang memaparkan Shuib bersama anak-anaknya pulang ke kampung halaman di Parit Haji Amin, Perak. Turut sama ada bersama mereka adalah ibu Shuib, Puan Salamiah.

Berlatarbelakangkan rumah kampung, ia mengingatkan peminat pada kenangan Shuib bersama Siti Sarah tahun lalu. Pulang menikmati ketenangan kampung pada waktu itu, banyak aktiviti yang dilakukan Shuib bersama Sarah antaranya menjala ikan dan mengopek buah kelapa.

Bak kata Shuib di kapsyennya berbunyi ‘ mencari damai ‘, kedamaian kampung yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar. Shuib juga dipuji oleh peminat kerana tidak pernah melupakan asal usulnya dan sentiasa merendah diri.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Shuib ini telahpun mendapat pelbagai respon daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Tengok tepi rumah tu teringat video k0pek buah kelapa, betapa arw4h happy masa tu. Kenangan yang kekal dalam ingatan.. “

” Humble je Shuib ni, ni lah kebahagiaan sebenar. Trbaik Shuib.. moga2 tidak lupa asal usul kita .. bermula nya sebuah kehidupan.. “

” Seronok nya abg shuib da balik kampumg. Tenangnya pemandangan rumah. teringat dulu shuibsepahtu ada bawa sitisarahraissuddin dan keluarga ke sini. how time flies.. “

” Kenangan terindah yg tak ternilai dgn wang ringgit.. rumah banyak kenangan, Kenangkan mgusik jiwa ni ib.. “

” Ini lah heaven ib, kampung. Steady ib.. Jangan lupa asal usul. Ini baru anak kampung. Suasana ramadan ni buatkan kita teringat pada yg dah pergi .. sayu pilu sangat sangat.. semoga shuib tabah.. “

” Teringat rancangan astro… Yg shuib bwk arw4h siti Sarah balik kampung… Tangkap belut kot tak silap… Best tgok… Smpai skrang… Terbayang2 rancangan tuu.. “

” Aduhhh shuib mengimbau kenangan pulak. tngiang gelak tawa riang Allahyarhamah.. masa tu arw4h Siti Sarah sedang mengandung. Terkenang.. “

” Weiii ebbb… syoknye…. bahagia aku nengok ko n family senyum. salah sorg anak kampung yg tak pernah lupa asal usul walaupun dh berjaya .. “

Pastinya sedikit sebanyak kedamaian yang dicari oleh Shuib dapat dirasai di sini. Selamat menjalani ibadah berpuasa buat Shuib sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dan membawa 1001 kemanisan bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..