” Comel je hiccup lepas tu tutup mulut hehe.. ” – Netizen

Video Ayden Adrean Anak Bella Astillah Menyanyi Lagu Cute (Stop Lah Being So Cute). Part Sebut Cute Dengan Suara Serak-Serak Basah Dia Tu Comel Sangat. Yang Tukang Nyanyi Pun Memang Sangat Cute, Kena Sangat Dah Dengan Lagu Ni !!

Ayden Adrean merupakan antara anak selebriti yang sangat terkenal di kalangan peminat dunia hiburan tanahair. Segala telatah dan gelagat Ayden sentiasa menarik perhatian peminat. Ayden merupakan anak sulung kepada Bella Astillah dan penyanyi dari seberang tambak iaitu Aliff Aziz.

Ayden yang kini telah berusia 3 tahun juga mempunyai akaun instagram miliknya sendiri dan mempunyai seramai 222 ribu pengikut. Umum mengetahui beberapa minggu yang lalu Ayden telah bergelar seorang abang apabila ibunya, Bella selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi perempuan comel yang merupakan adik kepada Ayden ini diberi nama Ara Adreanna.Ayden kelihatan gembira dan sangat teruja menjadi seorang abang. Pelbagai telatah dan gelagat comel Ayden menjaga adiknya turut dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Mengintai ke laman Instagram milik Ayden, terdapat satu perkongsian video Ayden sedang menyanyi lagu terkini yang mendapat sambutan ramai berjudul Cute ( Stop Lah Being So Cute ). Wajah Ayden yang sangat cute memang sangat sesuai dengan judul lagu ini. Comel je menyanyi dengan suara serak-serak basah tu.

Mari kita lihat perkongsian video Ayden ini.

View this post on Instagram

Lagu apa ni cuba korang teka? 🤨

A post shared by Ayden Adrean (@aydenadrean17) on

Video Ayden yang cute ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen ialah :

” Yang nyanyi pun cute sangat.. “

” Comel je hiccup lepas tu tutup mulut hehe.. “

” Alahai why you so cute, you buat i h4nyut.. “

” Aaaaaa nak nang1s sebab cute sangat Aydennnnn.. “

” Alamak cute la bah dia ni. Part hiccup tu talabih cute lah.. “

” Heyy youu, you memang sangat cute, so stop lah being so cute. You buat i h4nyutt aydenadrean17 awakk cutee sangatt.. “

Alahaiiii memang kena sangat judul lagu dengan penyanyi cilik ni, siap one two three four lagi ya Ayden. Apa pun kami di Berita Kopak mendoakan agar Ayden membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh penyejuk hati kedua ibubapa. Aminn..

Silakan SHARE

Sumber : IG Ayden Adrean

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..