” Happiest Birthday to our beautiful Queen.. ” – Tengku Puteri Iman Afzan

Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Permaisuri Agung, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Daripada Anakanda Tengku Puteri Iman Afzan Raih Tumpuan Netizen. Cantik Tengku Iman Afzan Macam Tunku Permaisuri !!

Betapa bertuah dan beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai seorang Raja Permaisuri yang berjiwa rakyat, malah sikapnya yang tidak sombong dan sering mengambil berat tentang hal-hal kebajikan rakyat sering mendapat pujian ramai. Itulah Permaisuri Agung kita, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.

Ramai yang mengetahui bahawa Tunku Azizah sememangnya pandai memasak, malah memasak juga merupakan salah satu hobi baginda. Sering berkongsi menu masakan yang dimasak oleh baginda sendiri di laman media sosial, buat ramai terliur dan memuji masakan baginda yang kelihatan sangat lazat.

Sudahlah pandai masak, Tunku Azizah juga sangat pandai mengait. Baginda bukan sahaja disifatkan sebagai merendah diri, malah kemahiran dimilikinya itu juga digambarkan sebagai limited edition kerana tidak ramai pemimpin wanita memilikinya. Wah memang terbaik !!

Untuk pengetahuan semua, hari ini merupakan hari lahir Tunku Azizah yang ke – 60 tahun. Untuk rekod, baginda diputerikan pada pada Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru. Turut berkongsi ucapan selamat hari lahir untuk baginda adalah anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di akaun Instagram miliknya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Dengan perkongsian ucapan tersebut, rata-rata rakyat jelata turut tidak ket1nggalan memberikan ucapan selamat hari lahir buat Raja Permaisuri. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happiest birthday to our country beautiful Queen. Malaysia most wonderful role model.. “

” Happy Birthday Tuanku.. Smoga bhgia n success dunia akhirat hendakNya.. “

” Happy brthday tuanku y cantik n paling sweet, semoga diberikan kesihatan yang baik selalu.. “

” Happy Birthday Tuanku Permaisuri Agong. Have a wonderful day.. “

” Happy birthday tuanku .. Semoga pjg umur n murah rezeki.. “

” Happy 60th Birthday Tuanku Permaisuri semoga terus sihat, amin.. “

” Slmt Hari Lahir Tunku permaisuri Aging Semoga Sehat Dan Ceria Selalu.. “

Semestinya ucapan daripada anakanda Tengku Puteri Iman Afzan buat Tunku Azizah sangat bermakna walaupun ringkas. Apa-apa pun, Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Tunku  Azizah Aminah daripada kami di Berita Kopak. Semoga Tunku Azizah sentiasa dalam lindungan Allah SWT selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Puteri Iman Afzan,  Tungku Azizah Aminah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..