” Cewah Dato’ Awie nyanyi lagu irama Malaysia, sedapnya suara.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bersama Lagenda Rock, Dato’ Awie Menyanyikan Lagu Irama Malaysia Raih Pujian Ramai. Wah Gabungan Yang Mantap, Merem4ng Dengar. Bila Lagenda Rock Tukar Genre, Memang Padu Habis !!

Persembahan eksklusif Dato Seri Siti Nurhaliza , Music of The Soul telah pun berlangsung dengan jayanya di Plenary Hall, KLCC pada 5 November. Turut dibawakan bersama di pentas kali ini adalah lagenda rock negara, Dato’ Awie.

Pada perkongsian terdahulu di Instagram DS Siti, ada dikongsikan video ketika DS Siti dan Dato’ Awie sedang membuat latihan. DS Siti juga menyatakan rasa teruja¬†dapat berduet dan sepentas dengan Dato’ Awie.

Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dimuatnaik video yang memaparkan persembahan 2 lagenda hebat negara ini. DS Siti memang diketahui suaranya yang lunak dan merdu membawakan lagu irama tradisional.

Dato’ Awie juga tidak kurang hebatnya. Jika selalunya irama rock yang dibawakan, kali ini percaturannya menjadi. Lagu dendangan asal Tan Sri S M Salim berjudul Pantun Budi ini dibawakan dengan lenggok dan gayanya yang tersendiri.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telahpun meraih ribuan likes daripada warganet. Rata-ratanya terpesona mendengar paduan suara emas ini dan antara komen-komen :

” Terbuai kejap kita layan tok awie dengan tok ti ni la. Mmg nampak keserasian bila dua datuk ni berduet… Sgt terhibur.. “

” Sedap pulak suara Dato’ Awie nyanyi lagu tradisional, masuk pulak dgn suara Tokti. macam lagu raya.. “

” Alamak, Dato’ Awie lompat parti Irama Malaysia. Salute lah. Ad0iii, rasa nak dengar lagu ni hari-hari kat radio, and sedap seh suara awie. Merdunya suara. Terpuk4u.. “

” Superbbb Dato Awie bergabung ngan Dato Siti. Jadi terus awie bawak. Hahaha mantap. Suara Dato Awie A+++…. Sedap seiring suara Dato Siti.. “

” Bestnya‚Ķ paduan suara superb. Punya sedap suara n merem4ng mndengar 2 org legend trsohor ini.. “

” Best awie nyanyi dgn lenggok sndiri. sedapnya suara kedua-dua lagend ni. Ni kalau buat duet berdua kompom melet0p.. “

” Cewah.. awie nyanyi lagu asli, sedapnya Suara… Memang lajen dua-dua. In Love dengan Datuk Awie mmg legend. H1lang takda ganti.. sama la Datuk Siti pun.. Allah Anugerah betul.. “

Hebat dan menghiburkan, itu yang dapat dikatakan untuk persembahan DS Siti dan Dato’ Awie. Mungkin pada masa akan datang 2 figura ini boleh bergandingan membuat lagu duet bersama, tentu gempak dan melet0p lagunya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Official HLive, IG Awie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..