” Cerdiknya Aurora, petah betul mulutnya. Berani pulak tu.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Anak Kedua Datin Almy Nadia, Nur Afrina Aurora Di Majlis Konvensyen Sekolah Raih Perhatian Ramai. Wah Tak Gugup Langsung Depan Semua Orang Masa Bercakap Tu. Confident Sungguh, Menari Pun Smooth Dan Comel Je !!

Kebiasaannya pada penghujung tahun seperti sekarang, pra-sekolah, kindergarden atau pun tadika akan mengadakan majlis konvensyen mereka. Pelbagai persembahan akan dipersembahkan oleh kanak-kanak untuk semua tetamu yang hadir.

Meninjau akaun Instagram Datin Almy Nadia, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar yang memaparkan suasana ketika majlis konvensyen anak keduanya, Nur Afrina Aurora. Aurora memberikan ucapan alu-aluan kepada guru-guru dan ibu bapa pada awal video tersebut.

Cara Aurora bercakap yang petah dan tidak gentar sekalipun di hadapan ramai orang meraih pujian warganet. Comel betul gaya Aurora dan si cilik ini juga terlibat dalam persembahan tarian yang dipaparkan pada video seterusnya.

Tentu bangga hati seorang ibu melihat keberanian Aurora ini. Tarian Aurora pun kelihatan lembut dan lincah. Gambar Dato’ Fizz Fairuz bersama Aurora di atas pentas menerima sijil juga ada dipaparkan dalam posting ini.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Sehingga kini, perkongsian oleh Datin Almy ini telahpun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Cute sangat ni, pandainya Aurora. Brilliant girl, confident level tinggi. kawan2 tengok dia utk follow, she lead. semoga aurora boleh pergi lagi jauh dlm bidang yg diminati.. “

” Aurora dance paling smooth, terbaik Aurora. Cerdiknya, petah betul mulutnya, Berani pulak tu. Anak artis sangat ni.. “

” Aurora ni banyak iras papanya, menurun bakat papa lebih ni. Bijak dan berbakat Aurora, sangat confident dan selamba. Good job girl.. “

” Aurora paling pandai menari. Sweet la this little gurl so clever copy paste her father well done little gurl may Allah ease everything from all frm ur part.. “

” Ke mane tump4hnya kuah kalau tak ke nasi.. memang mewarisi bakat papa mamanya. Pandai Aurora bercakap, berani lagi.. “

” Comelnya aurora. Ingat semua step pulak tu suka tengak dia banyak kali ulang tengok dia menari . Semoga aurora sentiasa berjaya di masa akan datang.. “

” Auty love your confident level aurora. Such a brilliant girl. Hebatnya budak comel ni, dia punya speech cute je dengar.. Aurora tapau hab1s, terbaiklah.. “

Sudahlah comel, berani pula tu Aurora ini. Enjoy sahaja Aurora membuat persembahan dan menyampaikan ucapannya itu. Memang anak papa sangatlah Aurora ini. Semoga Aurora terus berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kedua ibu bapa selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..