” Teliti betul tu Bell, sampai celah dinding pun lukis ” – Netizen

Video Bell Ngasri Melukis Mural Di Dinding Buat Ramai Terhibur. Ad0i, Sampai Melekat Muka Tu Ke Dinding. Memang Teliti Habis Ni Melukis, Hehe !!

Pelakon dan pelawak iaitu Bell Ngasri sememangnya sentiasa menghiburkan. Apa sahaja perkongsian Bell di media sosial pasti membuatkan sesiapa sahaja terhibur. Kalau tidak melawak memang tidak sah.

Meninjau ke akaun Instagram, Bell telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya dengan beberapa yang lain sedang melukis mural di dinding. Apa yang membuatkan ramai tertawa ialah gaya Bell melukis sehingga melekapkan wajahnya ke dinding.

Ada yang menyatakan gaya Bell ini seperti seorang pelukis yang sangat teliti. Apa yang pasti ialah Bell hanya membuat gaya sahaja tetapi bukanlah melukis, hehe. Kalau sudah namanya penghibur, di mana sahaja sentiasa menghiburkan.

Perkongsian Bell ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Untuk makluman, mural berwajah Bell ada diabadikan di sebuah dinding di Muar, Johor. Bell ada berkongsi mural tersebut pada sebelum ini di Instagram miliknya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa kerana berasa sangat terhibur. Antara komen-komen yang diberikan :

” Yg seni tue bukan lukisan.. tapi muka awak bang.. seni campur seri… Khusyuk betoi ya.. macam mana la rupa hasil lukisan tu.. “

” Lukis orang lidi ke tu.. sambung titik titik ke.. Adoilahhh mana ada org lukis mural macam tu… Topi ala-ala Picasso tu buat Bell jadi in character sangat sebagai pelukis ..”

” Bell, hahaha jarang tak kelakar thank you mnceriakan hari hari saya… Ooo… yang pipi melekat tu pelukis… ingat mural nya.. “

” Teliti betul tu bell.. sampai celah dinding pun lukis.. Ni Bukan tekap guna kertas hitam bang… haha.. “

” Hahahah… Ade gaya melukis tu… Padu bell… Nak skill lukis, tuntut ilmu kat imuda.. melekat terus.. ahah, baik tido je.. “

” Lekat pipi kat dinding tu…memang pelukis yg hebat. aduhh bang..halus sgt seni tu.. haha hawau la bell.. “

” Padu Bell, tengok terus ketawa dekah dekah.. Terlebihh teliti sangat tu abg Bell. bukan biasa biasa nie..”

Jika bekerja dengan Bell ini mestinya penuh gelak tawa kan. Semoga Bell terus berjaya dalam karier seni dan sentiasa menghiburkan peminat tanpa jemu. Semoga hari-hari yang dilalui Bell penuh keceriaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..