” Cantiknya isteri Haqiem, tahniah.. ” – Netizen

Selamat Bergelar Seorang Suami, Gambar Haqiem Rusli Bersama Suri Hatinya Dibanj1ri Ucapan Tahniah. Cantiknya Isteri Haqiem, Walaupun Baru Umur 19 Tahun Tapi Nampak Matang. Tahniah, Selamat Pengantin Baru !!

Baru-baru ini, Haqiem Rusli yang memenangi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 telah membuat kej0tan dengan mengumumkan tarikh mendirikan rumah tangga ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori berkenaan.

Hari ini, menerusi akaun Instagram inaijari, telah berkongsi gambar terbaru Haqiem bersama pasangannya. Perkongsian gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada Instagram Story milik jurugambar terkenal, Aqo Imran.

Cantik pengantin baru ini mengenakan busana berwarma kelabu. Selain itu, menerusi Instagram Story Haqiem semalam, dia turut berkongsi kata permohonan maaf bagi yang mengenalinya kerana majlis pernikahannya hari ini hanya dijemput jemputan tidak ramai dan diutamakan ahli keluarga sahaja mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perkongsian gambar Haqiem bersama isterinya telah mendapat lebih 1 ribu tanda suka daripada netizen hanya beberapa minit baru dimuatnaik ke Instagram. Malah, ramai yang menyatakan isteri Haqiem kelihatan sangat cantik.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, telah dibanj1ri ucapan tahniah daripada peminat-peminat Haqiem dan mereka juga turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu, semoga segalanya dipermudahkan, tahniah Haqiem.. “

” Alahai cantiknya, ni lah wanita yang berjaya menget0k pintu kamar hati Haqiem. Tahniah di ucapkan, selamat pengantin baru Haqiem dan isteri.. “

” Walaupun wife usia 19 tahun tapi kelihatan matured. Moga kekal bahagia mengharungi alam rumahtangga, tahniah.. “

” Alhamdulillah, tahniah Haqiem, jarang-jarang nk boleh tengok Haqiem buka kaca mata hitam, hehe kacak dan cantik pasangan pengantin baru ni.. “

” Tahniah, cantiknya isteri Haqiem. Nampak sama padan sama cantik bagai pinang dibel4h dua, moga kekal bahagia bersama.. “

” Tahniah, selamat pengantin baru Haqiem. Semoga dapat menjadi seorang suami yang baik, bertanggungjwab dan sentiasa membahagiakan isteri.. “

” Manis orangnya, cantik semoga pasangan ini bahagia bersama dalam membina keluarga bahagia, tahniah.. “

Alhamdulillah, cantik sungguh isteri Haqiem, patutlah ramai yang puji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Haqiem Rusli dan pasangannya. Semoga ikatan yang baru dibina akan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Haqiem Rusli, Aqo Imran

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..