” Rupanya jodoh di depan mata, alhamdulillah.. ” – Netizen

Jasmin Hamid Kongsi Berita Gembira Sudah Sah Bergelar Isteri. Wah Segak Suaminya, Tak Sangka Jodoh Sudah Lama Depan Mata. Hadiah Kahwin Pun Rare, Tahniah Jasmin !!

Sekian lama bergelar ibu tunggal, pelakon yang popular dengan watak Mak Ngah dalam drama bersiri Cukup Derita Itu, Jasmin Hamid akh1rnya kembali bergelar seorang isteri. Memaklumkan khabar gembira ini di Instagramnya, berita ini disambut baik oleh para peminat.

Meninjau akaun Instagram Jasmin, beberapa posting telahpun dikongsikan memperlihatkan gambar Jasmin bersama suami dan anak-anak. Coret Jasmin di kapsyennya, mengambil keberkahan hari Jumaat, mereka disatukan di pejabat JAWI Kuala Lumpur.

Bercinta dengan orang lain, namun bernikah dengan orang lain, itu semua sudah ketentuan Allah. Jodoh yang diaturkan untuk Jasmin rupanya sudah lama berada di depan mata. Jejaka ini bernama Nazmir Abd Rahim yang juga merupakan pembantu peribadi Jasmin.

Bersederhana dan melakukan yang afdhal sahaja, Jasmin hanya membuat kenduri doa selamat bersama ahli keluarga sebelah suaminya sahaja. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua pasangan pengantin baru ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rakan artis, Zarina Zainuddin juga berkongsikan gambar Jasmin bersama pasangannya ini di Instagramnya. Alhamdulillah dari PA kini jadi suami, jodoh dan ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Berita ini telahpun mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat Jasmin. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Congrats Mak Ngah, love you. Selamat pengantin baru, indahkan apa yang dah disusun oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah semoga Allah pelihara hubungan akak dan amir hingga ke syurga. Amin Ya Rabb. Tahniah Jasmin Hamid.. “

” Alhamdulillah kakak, tahniah. Ini orang kata jodohnya kuat. Kan dah kata jodoh Jasmin yang tu. Selamat pengantin baru.. “

” Tahniah sama cantik sama padan, muka pun nak sama dah. Selamat pengantin baru Jasmin dan semoga bahagia hingga ke Jannah kak.. “

” Sepadan dan segak, alhamdulillah tahniah. mula mula tak nak percaya, ingat drama ke. Oh betul rupanya. Semoga kekal hingga ke jannah aamin.. “

” Sebaik baik wanita adalah yang rendah maharnya. Manisnya jasmin bertudung, sepadan sangat suami pun handsome.. “

” Rupanya jodoh di depan mata, alhamdulillah. Aturan Allah sangatlah terbaik. Muka pun nampak sama. Usia bukan penghal4ng yang penting matang dalam mengemudi rumahtangga.. “

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar buat Jasmin dan Amir. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkahi Allah dan sentiasa dalam rahmatnya. Selamat pengantin baru dan gembira selalu Jasmin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..