” C0py paste sangat, sebijik muka Sumayyah.. ” – Netizen

Wajah Puteri Sarah Liyana Semasa Kecil Bersama Ibu Cur1 Perhatian Ramai. Eh, Memang Sebijik Macam Wajah Anak Puteri Sarah, Sumayyah !!

Meninjau ke akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, sekeping gambar ketika kecil bersama ibunya telah dikongsikan. Gambar tersebut merupakan memori Sarah ketika mereka berada di Mekah, Arab Saudi.

Sarah tidak menyatakan berapa usianya pada ketika itu namun dapat dilihat wajah Sarah saling tidak tumpah seperti wajah anak keduanya iaitu Sumayyah. Kalau tidak dinyatakan di ruangan kapsyen pasti ramai menyangkakan itu adalah Sumayyah.

Jadi ternyatalah bahawa Sumayyah banyak mewarisi wajah Sarah. Pastinya apabila dewasa kelak wajahnya juga seiras ibunya. Begitu juga Sarah yang mewarisi kecantikan ibunya yang juga cantik di zaman mudanya.

Perkongsian ini telah menerima lebih daripada 5 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Dari kecil lagi Sarah sememangnya comel dan manis orangnya. Wajah juga tidak banyak berubah sehingga dewasa.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Diruangan komen, ramai yang turut menyatakan wajah Sarah semasa kecil sama seperti wajah anaknya, Sumayyah. Antara komen-komen yang diberikan ;

” Sebijik your face sama dengan sumayyah, hi mayyah… Cantiknya sis masa kecik.. patutlah mayyah cantik.. “

” Sebijik kak sarah dengan sumayyah now.. muka mak dia macam lisa.. c0py paste muka mak la sumayyah.. “

” C0py paste sangat.. cantiklah sarah masa kecik.. ingatkan sumayyah tadi.. comel lah .. mak pun cantik.. “

” Comelnya akk, cantik macam mak akk jugak.. sumayyah pun comel sebab ikut muka kak sarah lahhhhh… “

” Eh ni sumayyah ke… Kenapa mcm muka sumayyah lah.. c0py paste lah.. sebijik sangat… Comel comel lah.. “

Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sumayyah mewarisi kecantikan ibunya dan nampak sangat seiras sekali wajahnya semasa ibunya masih kecil. Patutlah Sumayyah comel dan cantik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..