” Nama simple je walaupun kerabat diraja, comel pulak tu.. ” – Netizen

Gambar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Bertemu Anakanda Kedua Tengku Puteri Iman Afzan Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Little Princess Ni, Nama Pun Cantik Seindah Wajahnya !!

Pada bulan Januari lalu, puteri sulung Al-Sultan Abdullah, Tengku Puteri Iman Afzan ada berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya. Pada tanggal 2 Februari pula, Tengku Puteri Iman telah selamat melahirkan anakanda keduanya iaitu seorang bayi perempuan.

Perkongsian berita gembira itu telah dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Istana Negara yang memaparkan Sultan Abdullah bersama Tunku Hajah Azizah Aminah bersama dua orang cucunda yang baru dilahirkan iaitu, salah seorangnya adalah anakanda YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkongsi satu foto bertemu anakanada Tengku Puteri Iman. Selain itu, Tengku Hassanal juga berkongsi nama si kecil tersebut kepada umum.

Perkongsian yang dimuatnaik beberapa jam lalu itu telah menarik perhatian ramai. Ada yang memuji bahawa puteri kepada Tengku Iman ini kelihatan sangat comel. Bahkan namanya juga sangat sedap didengar meskipun namanya ringkas sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan anakanda Tengku Puteri Iman ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nama simple je walaupun kerabat diraja. Masha Allah, semoga menjadi srikandi yg hebat bila dewasa nanti Tengku Aleya Norlini, amin.. “

” Beautiful Little Princess. Tahniah Tengku Puteri Iman, semoga puteri comel ini membesar menjadi anak yang solehah.. “

” Masyallah beautiful princess, tahniah dan selamat berpant4ng Tengku Iman. Alololo Tengku Aleye jumpa bapa saudaranya yang handsome.. “

 ” Tidur pun comel lah Tengku Aleya Norlini. Sedap nama anak Tengku Iman. Semoga anak dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat.. “

 ” Subhanallah comelnyaaaaaa babyyyy. Ger4m tengok dia tidur. Semoga Tengku Aleya menjadi anak yang baik, amin.. “

 ” Semoga membesar menjadi ank yang solehah princess.  Comelnya anak Tengku Iman Afzan. Semoga Tengku Hassanal bertemu jodoh sebaik baiknya nanti.. “

” MasyaAllah tabarakallah, comel lah baby Tengku Iman ni. Semoga Tengku Aleya jadi anak yang baik penyejuk hati orang tuanya.. “

Alahai comelnya, nama pun sedap. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Tengku Puteri Iman atas kelahiran anakanda keduanya. Semoga puteri kecil ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Hassanal Shah, Iman Abdullah, Bakar Abdullah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..