” Dah besar hero Irma, bakal ustaz ni nanti. Sejuk hati tengok.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Lelaki Irma Hasmie, Redza Syah Irfhan Yang Kini Sudah Berusia 9 Tahun Raih Perhatian Peminat. Semakin Segak Anak Teruna Irma Ni, Manis Macam Ibunya. Irma Turut Titipkan Doa Buat Anaknya !!

Sekalipun Irma Hasmie tidak lagi aktif berlakon seperti sebelum ini, namun perkembangan si cantik manis ini sentiasa menjadi ikutan para peminatnya. Bahagia dengan kehidupannya kini, Irma kini memiliki 2 orang anak iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nurnaylie.

Meninjau akaun Instagram Irma Hasmie, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru anak sulungnya, Irfhan. Dengan coretan berupa doa agar anaknya diberi rahmat, Irma turut memberikan maksud doa ini bersama di kapsyennya.

Kata Irma, sebagai hamba-Nya kita haruslah sentiasa berdoa agar tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Doa ini juga untuk memohon agar zuriat yang kita miliki dapat istiqomah dalam beramal kepada-Nya.

Wajah Irfhan yang begitu seiras dengan wajah Irma ini nampak manis sekali dengan senyumannya itu. Segak dengan kopiah putih di kepala, peminat mengatakan sejuk mata memandang raut wajah anak lelaki Irma ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Antara perkongsian lain yang dikongsikan oleh Irma tentang anak lelakinya ini.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian oleh Irma ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dit1nggalkan di ruangan komen :

” Masya Allah, makin handsomenya dia. Anak soleh Alhamdulillah. Tabarakallah sejuk mata memandang.. “

” Makin Handsome, indahnya ciptaan Allah. Sekarang pun dah nampak handsome, besar nanti lagi la bertambah kacak.. “

” Handsome boy, macam anak Arab la Irfhan ni. Semoga berjaya dunia dan akh1rat Irfhan, aamin.. “

” Dah besar hero Irma ni, kacak sungguh. Bakal ustaz ni nanti, belajar elok-elok tau. Jadi asbab ibu ayah masuk syurga insha Allah.. “

” Besar dah dia, comel Irfhan. belajar rajin rajin abang Irfhan. Irma junior sangat anak teruna Irma ni. Semoga jadi anak soleh.. “

” Mini Irma Hasmie, suka tengok wajah si handsome boy ni. C0py Paste Irma betul. Lembut je macam ibunya juga.. “

” Handsomenya abang, sebijik muka Irma. Sejuk hati tengok, anak yang soleh insha Allah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. “

Saling tak tump4h wajahnya dengan Irma sehinggakan peminat menggelarkan Irfhan sebagai Irma junior. Apa-apa pun, semoga harapan Irma untuk anaknya ini dimakbulkan oleh Allah dan Irfhan menjadi anak soleh serta penyejuk hati keluarga selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Irma Hasmie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..