” Eeeee comelnya Aafiyah lambai lambai.. “

Gelagat Siti Aafiyah ‘Photoshoot’ Bersama Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Mencur1 Perhatian Netizen. Wah, Pandainya Aafiyah Berposing !! 

Semakin hari Siti Aafiyah semakin menarik perhatian di media-media sosial. Anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza semakin popular seperti ibunya. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan netizen.

Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri seperti anak-anak selebriti lain, namun Aafiyah tetap mempunyai ramai pengikut. Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat.

Aafiyah kini sudah pun berusia hampir 2 tahun. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya. Ini kerana penantian mereka selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir setelah lahirnya Aafiyah. Aafiyah merupakan anugerah terindah buat mereka.

Menerusi akaun Instagram, satu video berdurasi tidak sampai seminit dikongsikan untuk peminat-peminat Aafiyah. Aafiyah telah mengikut ibunya, Dato’ Siti menjalani photoshoot. Aafiyah yang memakai pakaian sedondon dengan ibunya kelihatan begitu comel sekali. Apa yang menarik ialah Aafiyah turut sama berposing.

Tonton video di bawah :

” Ikut ibu photoshoot harini.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah. Antara komen-komen mereka :

” Aafiyah pandai dia.. “

” Cute nya aafiyah and ibunya.. “

” Comelnya Aafiah… Bila dewasa nanti tentulah secantik ibunya… “

” Tgok Aafiyah nampak peribadinya yg happy go lucky dan kelakar orgnya. Tgok dia nak senyum je rasa.. “

” Eeeee comelnya aafiyah lambai lambai.. “

” Tak pernah tak comel la awak ni.. “

” Comel sgt alahai.. “

Alahai, comel sangat Aafiyah ni. Pandai pula bergaya dengan gayanya yang tersendiri. Dah besar nanti Aafiyah boleh ganti ibu jadi model pula. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Aafiyah, Dato’ Seri Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..