” Buat hal betul dengan suara dia tu haha.. ” – Netizen

Video Hun Haqeem Memberikan Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahirannya Tarik Perhatian Peminat. Part Gel4k Tu Comel Betul. Happy Birthday Hun !!

7 Januari genaplah usia pelakon kacak Hun Haqeem yang ke 24 tahun. Pada perkongsian terdahulu, Hun berkongsikan rasa kesyukurannya ke hadrat Ilahi atas nikmat usia yang diberikan. Ini lebih bermakna apabila dapat bersama ibu tersayang yang selalu mendoakan kejayaannya.

Meninjau entry terbaru Hun Haqeem di Instagramnya, satu video yang memaparkan Hun bersama beberapa biji kek hari lahirnya di kongsikan. Dengan belon berwarna hitam dan tertulis Happy Birthday di atasnya, Hun mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Hun yang suka berjenaka ini juga menghiburkan peminat dengan suara lucu yang diperdengarkan. Menggunakan angin daripada belon yang ditiup untuk membuatkan suaranya berubah, ianya kedengaran comel sekali.

Kata Hun lagi, tanpa doa dan sokongan daripada peminat, tidak mungkin dia berada di kedudukannya sekarang. Memang awesome peminat-peminat Hun ini. Banyak gift yang dihantar untuk hero kesayangan mereka ini.

Jom tonton video di bawah :

Ucapan selamat hari lahir membanjiri posting oleh Hun ini. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Kiutt, awwh that giggle at the end tho hehe. Happy happy happiest birthday once again Hun Haqeem. Enjoy the cake Hun.. “

” Aaa Hun, still buat lagi eh suara macam ni. So cutelah Hun. Happy birthday again my favourite person. Enjoy your birthday.. “

” Happy birthday Hun, lots of love. This voice is back again, strvgglenya demi voice change. Once again, happiest birthday Hun.. “

” Comel je suara tu hehe. Happy birthday my handsome boy, in good and bad times, please remain cute okey.. “

” Haha comelnya. Selamat hari lahirrrrr Hun Haqeem. Moga sntiasa dipermudahkan dlm segala urusan di dunia dan akhir4t serta bahagia selalu di samping keluarga tercinta.. “

” Cute nya suara Hun macam tu haha. Muka comel, suara pun comel ek. Semoga panjang umur murah rezeki dan sihat selalu Hun.. “

” Cute sangat suara tu Hun haha, terhibur kita dengar. Buat hal betul dengan suara dia tu haha. Happy birthday my man.. “

Alhamdulillah, ramai yang menyayangi dan mendoakan Hun. Semoga bertambahnya usia, Hun dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, diberikan nikmat kesihatan yang baik selalu dan jadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hun Haqeem 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..