” Boleh pula dia layan lagu old school macam ni ek.. “

Black Hanifah K0ngsi Video Anak Record Menyanyi Lagu ‘Masak Masak Sendiri’ Buat Ramai Netizen Gelak Berdekah. Amb0ii.. Dayyan Layan Dangdut Nampak !!

Penyanyi Black Hanifah merupakan antara artis Malaysia yang terbuka dalam berkongsi kisah keluarga. Black juga sering berkongsi video aktiviti beliau bersama keluarga terutama berkaitan anak lelakinya yang dinamakan sebagai Khaleef Dayyan atau dipanggil Dayyan.

Malah Dayyan juga turut mempunyai peminatnya tersendiri. Selain telatah lucu, gelagat Dayyan yang bercakap kadang-kadang pelat itu buatkan ramai yang terhibur. Paling terkesan apabila dia menyebut viral sebagai ‘valel’. Dayyan juga dilihat mewarisi bakat ayahnya dalam nyanyian kerana Dayyan suka menyanyi.

Untuk pengetahuan, Black atau pemilik nama sebenar Hanifah bin Md Hanafiah dan Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013. Pasangan ini telah  dianugerahkan seorang anak lelaki, Khaleef Dayyan dan seorang anak perempuan yang bernama Rindu Dayyana.

Menerusi akaun instagram, Black telah berkongsi satu video yang merakamkan gelagat anaknya sulungnya, Dayyan. Video itu dirakamkan sendiri oleh Dayyan yang berada di dalam kereta sedang bernyanyi. Lagu yang dinyanyikan oleh Dayyan adalah lagu dangdut bertajuk ‘Angka Satu’ yang dinyanyikan oleh Caca Handika dari negara seberang, Indonesia.

Tonton perkongsian video oleh Black di bawah :

” Tengok fon ada video ni.. Pandai2 record sendiri si dayyan ni.. Ikut si @gabit27 la ni!! Adeih.. Tgk la tu.. “

” #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #padupadu #hitampunsedap #bonitojuice #khaleefdayyan.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat nyanyian Dayyan dalam video itu. Antara komen-komen tersebut :

” Alaaaaaa comeyyy.. “

” Comel sgt tww ger4m.. Hahahahhahaahhahaa.. “

” Hahahahahaha.. Bole plak si dayyan ni layan lagu old school cmni ek.. U make my day la dayyan ! .. “

” Pandai² jee tambah lirik lain hahah dayyan² comell la haiii.. “

” Cubit kang.. Alahai comelnya anak hanpa @black.hanifah oiiii..

” Tajuk sendiri.. “

” Aduhaii haha dayyan.. Comel lah.. “

” Semua sendiri.. Bagus dayyan ni.. “

” Adoiii .. Cub1t mulut tu kang . Ger4m betul tgk nya .. “

Hahaha.. Memang kelakar Dayyan, admin tengok pun tak larat nak ketawa, comel sangat gelagat Dayyan yang memandai je tambah lirik sendiri. Besar nanti boleh jadi penulis lirik ini. Apa- apa pun, Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dayyan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa Dayyan ya sayang. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Black Hanifah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..