” Rasa macam tengok cerita P. Ramlee betul-betul woo.. “

Baby Shima Kongsi Lagu Duetnya Trending No 1 Bersama Fairuz Misran, Namun Suara Fairuz Buat Netizen Terpuk4u. Ya Allah Macam Copy Paste. Sebijik Sama !!

Sebut sahaja nama Baby Shima tentu ramai membayangkan gadis gen1t yang berwajah comel ini. Baby Shima mula dikenali setelah nyanyian bersama penyanyi Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat lebih 20 juta tontonan. Baby Shima pernah viral kerana dimar4hi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam pertandingan D’Academy Asia Jakarta.

Penampilan Baby Shima menerusi lagu Roadbl0ck Hatiku bersama kumpulan Floor 88 menaikkan lagi namanya. Kolaborasi antara mereka nampak sangat serasi sehinggakan mereka turut bersama-sama bergandingan sekali lagi di dalam lagu bertema hari raya berjudul Tak Dapat Raya.

Manakala Fairuz Misran pula adalah jejaka berasal dari Sandakan Sabah dan kini berusia 35 tahun. Fairuz tular kerana memiliki suara dan wajahnya yang iras seniman agung , Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Keunikan suaranya menjadi satu kelebihan buat Fairuz.

Menerusi akaun Instagram, Baby Shima telah berkongsikan sedutan video lagu duetnya terkini bersama Fairuz Misran. Lagu yang meruntun jiwa kerana nyanyian Fairuz dan Baby Shima yang tak ubah seperti lagenda negara, P. Ramlee dan Saloma. Terpegun mendengar gabungan suara emas ini.

Jom tonton video di bawah :

” Oh kekanda ku pimpinlah daku… Hmmm tapi siapalah yang sudi ??? p/s: nonton full video single terbaru, ikatan asmara shima bersama abg @fairuzmisranofficial di youtube MVM music.. Jangan lupa like, komen dan share ya.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah best. Suara shima siyes sesuai dengan lenggok ala-ala saloma. Ulang-ulang dah tengok niee.. “

” Gandingan ni sesuai boleh jadi gandingan bayangan P. Ramlee dan Saloma.. “

” Paduuuuu apa lagu ni boleh mengubat rindu kepada almarhum tan sri p.ramlee.. “

” Allah tahu begitu ramai rakyat Malaysia dan nusantara merindui P ramlee.. Allah hadirkan Fairuz misran.. Kita harus hargai anugerah ini.. “

” Rase macam tengok cite P. Ramlee betul-betul woo.. Tahniah fairuz dan bby shima.. “

” Alunan Saxaphone tu trademark P. Ramlee, memang terasa feel dia.. “

” Ya allah menangis tengok depa nyanyi gini. Terubat rindu dgan arwah p.ramlee dan saloma.. “

Teruja rasanya menonton nyanyian Baby Shima dan Fairuz ini. Umpama berada di era 60-an melihat lagenda P.Ramlee. Gabungan yang mantap dan boleh pergi lebih jauh. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Baby Shima dan Fairuz dan tahniah kerana menjadi trending nombor 1. Good luck !!

Untuk tontonan penuh boleh klik di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Baby Shima, IG Fairuz Misran, Youtube Channel MVM Music by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..