” Boleh ke hebohkan pertunangan ? “

Baca Perk0ngsian PU Azman. Ayat Yang Last Tu Macam Nak Bagi Hint Je Cik Man !!

PU Azman merupakan Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2. Memiliki nama penuh iaitu, Azman Syah Alias antara pendakwah yang terkenal dalam medial sosial. Melalui pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian golongan tidak kira muda atau tua.

Sekiranya sesiapa yang mengikuti perkembangan dakwah PU Azman ini pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang yang kelakar. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ ada sahaja akalnya untuk menyakat orang, namun sifat kelakarnya itu membawa makna dari segi dakwahnya.

PU Azman sering membalas persoalan yang ditanya oleh netizen dengan jawapan yang bersantai dan diselit dengan jenakanya tersendiri. Sering dipuji oleh netizen juga dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri. Beliau juga sedaya upaya memberikan jawapan yang terbaik untuk difahami umum.

PU Azman juga merupakan sahabat baik kepada pelawak Johan Raja Lawak. Berstatus duda  dan berusia 38 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Beliau juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

PU Azman telah berkongsi mengenai satu persoalan menerusi akaun peribadi milik beliau dalam media sosial mengenai hebohan pertunangan dibenarkan atau tidak . Isu ini sering difikirkan  dan PU Azman telah menjawab persoalan tersebut.

Ikuti perkongsian PU Azman dibawah :

” Takda dalil sohih yang larang hebohkan pertunangan dan takda dalil sohih yang wajibkan sembunyi pertunangan. Ikut memasinglah. Timbangkan antara risiko dan faedah. Kalau hebohkan, ada jugak faedahnya, bila orang lain tahu, takda yang nak car4s / pot0ng line tunang orang lain.. “

” Kalau beriyer pulak heboh, nanti ganggu ment4l kalau put0s sebab ramai dah tahu. So, ikut koranglah. Kalau Cik Man, lebih memilih tak heboh. Sebab Cik Man tunang pun takda.. “

Rata-rata netizen terhiburkan akan jawapan yang telah diberikan oleh PU Azman tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Line clear la ni cik man ? Hint tu.. “

” Tabahlah cikman, esok lusa insyallah.. “

” Hehe x pe cik man saya doa cik man dpt jodoh haha siannn.. “

” Cik man declare single.. cara tak langsung lah ni… heboh tersembunyi.. “

” Tak penah tak mengekek ketawa bila baca status cikman.. “

” Memilih sangat cikman ni.. “

Aduhai kelakar betul PU Azman ni ! Ada juga ayat terakhir tu nk disakatnya. Namun begitu, terima kasih atas perkongsian ilmu itu. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, dimurahkan rezeki sentiasa dan cepat bertemu jodoh .. Amin.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..