” Salah ke anak panggil ayah ‘Baba’ sedangkan adik beradik lain yang berlainan ibu panggil ‘Ayah’ ?

Ini  Resp0n PU Azman. Alahai Tak Pernah Tak Win Dan Kelakar !!

Sekiranya sesiapa yang mengikuti perkembangan dakwah PU Azman ini pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang yang kelakar. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ ada sahaja akalnya untuk menyakat orang, namun sifat kelakarnya itu membawa makna dari segi dakwahnya.

PU Azman juga merupakan sahabat baik kepada pelawak Johan Raja Lawak. Berstatus duda  dan berusia 38 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Beliau juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

PU Azman merupakan Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2. Memiliki nama penuh iaitu, Azman Syah Alias antara pendakwah yang terkenal dalam medial sosial. Melalui pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian  golongan tidak kira muda atau tua.

PU Azman sering membalas persoalan yang ditanya oleh netizen dengan jawapan yang bersantai dan diselit dengan jenakanya tersendiri. Sering dipuji oleh netizen juga dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri. Beliau juga sedaya upaya memberikan jawapan yang terbaik untuk difahami umum.

Menerusi instagram, PU Azman telah berkongsi satu mesej yang telah dikirim oleh seorang netizen ini telah bertanyakan suatu soalan kepada beliau. Beliau juga telah memberikan jawapan tersebut dan berkongsi secara umum kepada orang ramai di instagram milik peribadi beliau.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Dalam keluarga, persefahaman sangat penting. Persefahaman tidak diukur berdasarkan fesyen yang sama, atau menggunakan panggilan yang sama. Ia dilihat melalui sejauh mana setiap individu saling meraikan dan menghormati pilihan orang lain.. “

” Walaupun kembar, tapi mesti ada citarasa makanan yang berbeza. Bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain. Tapi kalau masing masing pentingkan diri sendiri sampai bergad0h saling memak1, haa, yang ni rambut sama hitam, hati lagi hitam.. “

Rata-rata netizen terhibur akan jawapan yang dibalas oleh PU Azman melalui mesej tersebut kepada seorang netizen itu. Antara komen-komen tersebut :

” Ustaz… ustaz knape tk msk maharaja lawak mega… sebab ustaz klakar laa .. “

” Cik man jarang x padu.. “

” Hahahhaaa.. adoii.. gelak besar sy.. “

” Hahaha aku tak boleh lah dengan cik man nie.. “

” Xda bole move on jawapan dia.. “

” Auto gelak la cik man.. “

Meskipun sangat terhibur akan jawapan yang diberikan oleh PU Azman itu, namun ia sangat mendalam akan pengertiannya. Terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Amin.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..