” Adoiii tak tahan tengok dier sujud gitu.. Kenapa la comel sangat Moleiq ??? “

Video Moleiq Anak Johan Raja Lawak Ikut Mahu Solat Berjemaah Buat Peminat Kagum. Terbaik Didikan Keluarga Johan. Salute !!

Keluarga Hanania yang mana diterajui oleh Johan Raja Lawak dan pasangannya pelakon Ozlynn. Nama Johan mahupun Ozlynn bukan lah satu nama asing dalam arena hiburan tanahair. Mewarnai dunia hiburan dengan cerita-cerita menarik tentang keluarga Hanania sememangnya menimbulkan rasa kagum di kalangan peminat.

Dikurniakan 5 orang adalah anugerah yang terindah buat pasangan ini. Sering dikongsikan keletah anak-anak di laman sosial Instagram, membuatkan peminat-peminat tidak jemu mengikuti perkembangan keluarga ini. Ada saja yang mencuit hati.

Lebih-lebih lagi keletah Chantiq dan Moleiq yang comel dan manja. Posting tentang mereka sering ditunggu oleh peminat-peminat di laman Instagram milik Jozlynnhanania. Pasti akan mendapat banyak likes dan komen yang terhibur dengan aksi dua si cilik ini.

Menerusi akaun Instagram, Ozlynn memuatnaik video dimana kelihatan suaminya Johan dan anak-anak mereka sedang bersedia untuk sembahyang berjemaah. Namun suasana menjadi lucu apabila Moleiq ingin turut sama melakukannya.

Jom tengok video dibawah:

Rata-rata peminat cukup terhibur dan kagum dengan didikan pasangan hebat ini. Antara komen-komen peminat :

” Nakk kunyahhhh dia kang tak0t dia yang kunyah aku kak hahahahahah.. “

” Moleiq.. Hahhaa comelnye la awak ni.. Dah la bamb4m comel pulak tu.. Sama naik dia ikot abang kakak solat ye.. Good girl sayang, semoga membesar dengan sehat dan jadi anak yang solehah ye sayang untuk moleiq.. “

” Pandainya hampir-hampir tu semoga cepat belajar ye jadi anak yang solehah / soleh.. “

” Bagusnyaa abang Johan dan kak Ozlynn selalu didik anak-anak solat jemaah.. “

” Muke molekkk sebijik mama diaaa.. “

” Adoiii tak tahan tengok dier sujud gitu.. Kenapa la comel sangat Moleiq ???.. “

” Haha.. Cara rukuk tu kalau bontot takde ta1K mesti nak gigit.. “

” Alaaaaa, sian dia. Nk solat jugak. Tak tahan tengok pipi dia, semua bulattt. Ger4mmmmm betul moleiq ni.. Nak mar4h pun tak boleh. Muka mintak kissss.. “

Hebat betul didikan agama Johan dan Ozlynn pada anak-anak mereka. Satu ajaran yang patut dijadikan contoh untuk semua pasangan ibu bapa yang lain. Menseimbangkan dunia dan akhirat. Salute pada keluarga contoh ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Johan dan Ozlynn sentiasa dilindungi Allah dan diberi kebahagiaan yang berpanjangan.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jozlynnhanania by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..