” Bilal anak Ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup Ummi dan Abah begitu sempurna.. ” – Neelofa

Akhirnya Neelofa Kongsi Video Wajah Anakanda Muhammad Bilal Yang Dinantikan Ramai. SubhanAllah Comelnya Bilal, Putih Gebu. Macam Muka Jebat Jayden Pun Ada Iras Sikit-Sikit !!

Semenjak usahawan dan juga pengacara Neelofa selamat melahirkan bayi sulungnya pada bulan Januari yang lalu, peminat ternanti-nantikan untuk melihat wajah si kecil bernama Muhammad Bilal ini. Hari demi hari, Neelofa berkongsikan sipi-sipi sahaja wajah Bilal atau ditutup dengan icon di bahagian mukanya.

Meninjau akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wajah Bilal sejak dari lahir sehinggalah sekarang. Berkulit putih kemerah-merahan, Bilal membesar dengan sihat dan cukup semangat badannya.

Tiada ungkapan yang dapat diluahkan Neelofa untuk anaknya ini. Harapan Neelofa agar Bilal dapat menjadi asbab tersebarnya agama seluruh alam. Kasihnya seorang ibu, Neelofa juga tidak mahu anaknya ini disak1ti sebagaimana ibu-ibu lain.

Betullah ramalan peminat sebelum ini, Bilal memang nampak iras dengan wajah Neelofa ketika bayi dahulu. Nampak seiras seperti sepupunya Jebat Jayden juga ada, Alhamdulillah atas rezeki Allah dikurniakan anak secomel ini.

Jom tonton video di bawah :

Baru sahaja dikongsikan, perkongsian ini meraih lebih 160 ribu tanda suka dan hampir 10 ribu komen daripada peminat dan rakan artis. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” MashaAllah Bilal sayang. Semoga membesar jadi anak yg soleh.. ” – Mira Filzah

” Assalamualaikum Bilal… moga membesar jadi anak soleh… comellll nyoo anok Ummi.. ” – Catriona Ross

” Subhanallah.. anak soleh umi & abah.. ” – DS Siti Nurhaliza

” MashaAllah mashaAllah.. Membesar jadi anak soleh Muhammad Bilal.. macam jebat jayden pun ada sikit.. “

” Assalamualaikum Muhammad Bilal sayang. Aunty min sayang Muhammad Bilal sangat2. Moga sihat dan kuat mcm ummi dan abah ya. Membesar dengan baik, semoga jadi anak soleh untuk ummi dan abah.. “

” Indah tertulis. Be strong Neelofa. Love you Bilal.. Alhamdulillah bilal.. semoga membesar dengan sihat.. “

” Masha Allah Bilal yg comel.. stay strong Ummi Lofa.. Moga bilal sihat selalu jd anak soleh.. “

” Alhamdulillah syukur semangat bdn awk bilal.. semoga awk dijauhi dripda vi1rus2 yg kej4m dimuka bumi Allah ini.. diberikan kesihatan yg baik.. “

” Mashallah comel sangat budak gebu ni.. terlalu indah.. semoga bilal menjadi anak soleh di dunia dan akh1rat.. aamin.. “

” MasyaAllah.. tangan berlemak.. Comey.. Alhamdulillah.. akhirnya dapat tgok wajah Bilal.. sabar itu indah.. “

Terjawab sudah teka-teki peminat tentang rupa paras Bilal. Semoga Bilal terus membesar dengan sihat, menjadi khalifah Allah yang berbakti tidak hanya kepada kedua ibu bapa malah seluruh alam dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..