” 3 ciri wanita idaman saya adalah semuanya ada dekat Hawa la.. ” – Khai Bahar

Video Khai Bahar Bercerita Tentang Ciri-Ciri Wanita Idaman Di Konti H0t FM Raih Perhatian Warganet. Wah Jujur Betul Kali Ni, Terus Sebut Nama Hawa Rizwana Ni. Ciri-Ciri Tu Bukan Biasa-Biasa Okey. Ehem Ehem, Ada Apa-Apa Ke Tu Khai !!

Khai Bahar antara penyanyi lelaki yang sudah banyak mendapat pengiktirafan kerana suaranya yang merdu itu. Populariti Khai semakin hari semakin naik apatah lagi Khai masih lagi berstatus single sehingga kini.

Khai baru sahaja keluar dengan single barunya berjudul ‘ Oh Wanita ‘ yang mana menampilkan pengacara sensasi, Hawa Rizwana sebagai model dalam music videonya itu. Meninjau akaun Instagram H0t FM, telah dikongsikan sedutan video ketika Khai hadir ke konti untuk promosi lagu ini.

Ditanyakan apakah 3 ciri-ciri wanita idaman Khai dan jawapan Khai membuatkan Farah Fauzana, Johan dan AG bersorak. Kata Khai semuanya ada pada Hawa dan antara cirinya ialah Hawa seorang yang matang, lemah lembut orangnya dan sangat mengutamakan keluarga.

Kata Khai, Hawa juga ada memberitahunya sekiranya Hawa bertemu jodoh, Hawa akan mengikut apa yang dipesan oleh bapanya. Wah Hawa pun masih single, mana tahu ada jodoh Khai dan Hawa pada masa akan datang iye tak.

Jom tonton video di bawah :

Posting Khai memperkenalkan Hawa sebagai ‘ wanita ‘ mister1 yang menjadi tanda tanya peminat sebelum ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Pended4han oleh Khai ini telahpun meraih perhatian daripada peminat Khai khususnya. Antara komen-komen mereka :

” Konfius sikit.. ni cerita psl ciri2 wanita idaman ke ciri2 yg ada pada bakal isteri haha. Sayang dengan parents tu bagus.. “

” Wow semua ciri-ciri wanita yang khai cari Ada pada Hawa… khai khai haha. Memang wau lah ciri-ciri wanita idaman.. “

” Jujur betul Khai ni, terbaik Khai semakin pandai berbicara dan usik mengusik. Dulu melatah sekarang melawak.. “

” Bestnya untung g1la wanita tu, waaa saya undur diri lah haha. Saya doakan yang terbaik untuk Khai.. “

” Lagu untuk Hawa ke tu, jawab dulu. Aura Khai dan Hawa tu serasi betul. Love you both.. “

” Hah dah agak dah, apa ni Khai buat kita senyum sorang-sorang. Sweet sangat hampa.. “

” Yeah betul firasat hati mengatakan Hawa. Sweet nya la haii. Serasi Khai dengan Hawa ni, sesuai sangat.. “

Wah jujur dan telus betul jawapan Khai ni, boleh buat peminat wanita gig1t jari lah. Ciri-ciri semua pada Hawa tu yang tak menahannya. Mungkin ada jodoh antara Khai dengan Hawa, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk jodoh Khai. Siapa pun ‘ wanita ‘ itu, semoga Allah permudahkan urusan jodoh Khai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, IG Khai Bahar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..