” Bila Bunda minta Kak Lina jadi penari latar, Nabil nak jugak. Haha.. ” – Netizen

Diminta Oleh Bunda Hetty Koes Endang Menari Ketika Fuad Rahman Menyanyi, Gelagat Elly Mazlein Dan Nabil Ahmad Buat Penonton Terhibur. Adoi Berdekah Bunda Gelak Tengok Perang4i Kak Lina Dan Haji Nabil. Dah Macam Sotong Masing-Masing, Hehe !!

Gegar Vaganza Musim 9 telah pun selesai untuk konsert minggu separuh akhir. Tema pada minggu ini adalah Separuh Aku Ada Kamu dan menampilkan 8 peserta berentap di pentas separuh akhir ini. Kesemua peserta memberikan persembahan yang terbaik dan padu.

Salah seorang peserta yang mendapat perhatian ramai adalah Fuad Rahman. Minggu ini Fuad mempersembahkan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf. Sesuai dengan suaranya, genre sebegini memang kena dengan vokal Fuad.

Seperti biasa, setiap kali selesai membuat persembahan, pastinya juri akan memberikan komen mereka dan paa minggu ini giliran Bunda Hetty Koes Endang untuk memberi komen untuk Fuad. Bunda meminta Fuad menyanyikan kembali sedikit lirik lagu tersebut dan menyuruh Kak Lina menjadi penari.

Kak Lina yang gemar menyakat Fuad memang ada sahaja gelagat lucunya setiap minggu. Nabil yang melihat Kak Lina menari sebegitu mula menunjukkan tariannya pula. Ad0i Haji Nabil, sudah seperti sotong lah pula, berdekah Bunda ketawa.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih hampir 600 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Adui 2 orang ni seriuslah menceriakan malam saya betul haha. Suaranya Fuad Rahman cair hati bila mendengar.. “

” Haha tak boleh tahan dengan Nabil ni. nak jugak mengikut gaya kak lina kepom joget tu haha.. Lentok dah macam sotong haha.. “

Masuk air betullah Kak Lina dan Nabil ini, memang jadi penghibur Gegar Vaganza. Fuad pun tak boleh menahan ketawa apabila Nabil membuat tarian begitu. Bergema suara ketawa penonton di MBSA dengan telatah Nabil dan Kak Lina.

Untuk rekod, Fuad telahpun tersingk1r pada minggu separuh akhir ini. Sekalipun rezeki Fuad bersama GV setakat itu sahaja, namun Fuad sudah berjaya mencur1 hati ramai penonton GV dengan nyanyian dan suaranya. Semoga terus maju jaya Fuad dan terus ceria okey.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ria X, IG Elly Mazlein, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..