” Evie and her ice cream teether.. ” – Intan Ladyana

Gambar Terbaru Anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja Yang Kini Sudah Berusia 9 bulan Lebih. Alololo Makin Comel Lah Evie. Muka Tu Memang Nampak Makin Iras Daddy Lah. Lebih-Lebih Lagi Tang Mata, C0py Paste Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram Intan Ladyana, perkongsian gambar terbaru anaknya iaitu Evie Khadeeja telah menerima lebih daripada 1 ribu tanda suka daripada warganet. Sejak adanya Evie, Intan dilihat gemar berkongsi mengenai Evie di media sosial.

Gambar tersebut memaparkan Evie sedah bermain dengan permainan aiskrim sambil memasukkan ke dalam mulut. Amboi, gaya tu macam nak makan aiskrim sebenar je. Biasalah apabila bayi seusia Evie ini sememangnya gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

Sejak dari lahir lagi Evie sering dikatakan seiras dengan wajah bapanya, Harris Alif. Kini apabila Evie semakin membesar, semakin lama semakin iras wajahnya dengan bapanya itu. Memang anak daddy sangat lah Evie ni.

Tidak seperti anak selebriti lain, Evie tidak mempunyai akaun Instagramnya sendiri. Peminat hanya boleh mengetahui perkembangan Evie hanya melalui perkongsian Intan dan Harris di akaun Instagram masing-masing.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Walaupun perbezaan usia antara Intan dan suaminya yang agak jauh iaitu 17 tahun, namun tidak menjadi mas4lah buat mereka untuk mengecapi kebahagiaan. Malah, Intan juga nampak muda daripada usianya sebenar.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Evie Khadeeja membesar menjadi anak yang baik, solehah dan berjaya di dunia serta di akh1rat. Semoga jodoh Intan dan Harris juga berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..