” Biasa dia tunjuk jer, abah datang dia nyorok.. “

Dato’ Aliff Syukri Kongsi Video Isterinya, Datin Shahida Sedang Scan Baby, Part Paling Kelakar Bila Dato’ Aliff Suruh Isteri Ket0k-Ket0k Perut Tu..

Siapa tidak kenal akan usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri  iaitu pengasas AS Legacy dan isterinya Datin Shahida. Mereka dikhabarkan akan menimang cahaya mata yang kelima pada Disember 2019 ini. Dato Aliff  juga merupakan anak ketiga Pengasas Jamu Ratu Malaya Rozita Ibrahim.

Selain sebagai usahawan, Dato’ Aliff  pernah merakamkan lagu single Abang Nak Tegur , Biar Apa Orang Kata, Bobo Dimana (duet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna),  Agama Kedamaian (duet bersama Datin Shahida) dan Selawat Dodoi Anakku (duet bersama  Datin Shahida).

Beliau mendirikan rumah tangga diusia 20 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Shahida yang dua tahun lebih tua. Sehingga kini pasangan ini telah dikurniakan anak seramai empat orang cahaya mata  iaitu Ammar Ahyan , 11, Qadejah El Zahra, 9, dan Ibraheem Adham,7, dan Yussoff Al Qardawi,1. Selain daripada anak kandung, pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia 2 tahun.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff  telah berkongsi video dimana beliau bersama isterinya  Datin Shahida sedang  membuat pemeriksaan kandungan. Dato’ Aliff begitu teruja ingin mengetahui jantina kandungan isteri beliau.

Baca perkongsian  Dato’ Aliff  dibawah :

” Doakan kandungan wife abg sehat. Melayan wife abang untuk berjumpa dengan doktor sebelum bersalin pada bulan ini, walaupun abang sibuk tapi abang yakin memori ini abang akan kenang sampai bila- bila, sebab tu abang buat video dan nak simpan dekat YouTube tv Telajak laris.. “

” Ya Allah Ya Tuhanku kau permudahkan lah segala usahaku pada tahun ini dan murahkanlah rezeki aku tahun ini. Allah menduga saya dengan kehilangan abah saya dan Allah berikan hadiah anak yang bakal lahir ke dunia ini yang tak disangka.. “

” Abang sengaja tidak mahu tahu apakah jantina anak abang kali ini sbb abg dah byk anak. Abg dah ada segalanya, duit bukan keutamaan abg. Misi dan visi abang untuk perniagaan abang @as.legacymalaysia.. “

” Abang nak menggunakan duit  ke jalan Allah dan nak jadikan semua orang yang bersama abang berjaya dan juga kaya sebab tahun depan abang berniat nak hantar lebih daripada 30 orang ke 100 seorang ke umrah.. “

View this post on Instagram

. . Melayan wife abang untuk berjumpa dengan doktor sebelum bersalin pada bulan ini… walaupun abang sibuk tapi abang yakin memori ini abang akan kenang sampai bila bila.. sebab tu abang buat video dan nama simpan dekat YouTube tv Telajak laris… . . Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkan lah segala usahaku pada tahun ini … dan murahkanlah rezeki aku tahun ini.. Allah menduga saya dengan kehilangan abah saya😥dan Allah berikan hadiah anak yang bakal lahir ke dunia ini yang tak disangka… abang sengaja tidak mahu tahu apakah jantina anak abang kali ini..sbb abg dah byk anak… abg dah ada segalanya .. suit bukan keutamaan abg.. Misi dan visi abang untuk perniagaan abang @as.legacymalaysia Nak menggunakan duit dan jangan abang ke jalan Allah dan nak jadikan semua orang yang bersama abang berjaya dan juga kaya sebab tahun depan abang berniat nak hantar lebih daripada 30 orang ke 100 seorang ke umrah..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan akan kesihatan kandungan isteri Dato’ Aliff Syukri. Antara komen-komen netizen :

” Perempuan tu klau suka mnyorok2 ni.. “

” Aamin.. semoga dipermudahkan segala urusan dato.. “

” Allahuakbar. Semuga Allah sentiasa merahmati Dato sekeluarga. Semuga semua niat baik Dato akan tercapai dan semuga Allah mempermudahkan segala urusan  Datin. Aamiin Ya Rabb.. “

” Aminnn Ya Mujib semoga 1 hari nanti saya pon dapat rezeki melimpah ruah mcm dato datin dan bantu lebih ramai org lain juga.. aminn.. “

” Tgk Cara mcm gurl2… smga dipermudahkan urusan datin dn baby.. “

” Insyallah aamiin.. moga2 datin n bby sihat selalu.. “

” Perempuan atau llaki tak kisahlah Dato yg penting selamat ibu dan anak dan baby sihat.. “

” In shaa Allah… rajin2 usap perut dan baca doa agar dipermudahkan kelahirannya. Sy juga doakan agar Allah permudahkan segala urusan Dato sklrga.. “

Wahhhh seronoknya melihat gelagat pasangan ini, lebih-lebih lagi apabila pasangan ini  teruja dan tidak sabar akan kehadiran cahaya mereka. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Datin Shahida dipermudahkan untuk  menanti kelahiran pada kali ini. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..