” Hampa kalau jumpa Pijah Elai tu, jangan terkej0t.. “

Faezah Elai Kongsi Gambar Muka Beliau Tanpa Mekap, Paling Semp0i Dan Rare Bila Muka Sesudah Basuh Ber4k Anak..

Noor Faezah Md Elai atau lebih dikenali dengan Faezah Elai, dilahirkan pada 16 Ogos 1982 ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berketurunan Punjap dan Thai, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang. Beliau memulakan karya lakonan menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan keadilan.

Penampilan pertama Faezah Elai dalam bidang perfileman adalah menerusi filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007. Beliau kemudiannya membintangi siri drama televisyen  Sutera Maya yang disiarkan di TV3 memegang watak Maya Sofea.

Selain daripada itu, beliau mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Heykal Hanifah pada September tahun 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.  Perkahwinan terdahulu,  suami Faezah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Luqman Hakim , Sarah dan Luq Adam yang turut dijaga oleh Faezah.

Menerusi akaun instagram, Faezah Elai berkongsi dua gambar dimana beliau bermekap dan tidak bermekap. Gambar yang diambil tanpa bermekap tersebut diambil di RnR ketika beliau berhenti seketika  dalam perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga.

Baca perkongsian Faezah Elai dibawah :

” Ampa klu jumpa Pijah Elai tu, jgn terkej0t.. Boh kt IG caption, yeayy nk balik Kampong!! Pastu ampa pon komen lah, nk balik kampong pon cantik.. eh2 pijah, tk penah tk cantik.. Tetiba ampa terjumpa kt R&R baru keluaq jamb4n tediaaa muka pijah elai baru lepaih basuh ber4k anak.. “

” Qhupanya gambaq kt ig tu gambaq throw back Seblom ampa mengata hakak, hakak buat confession dulu so klu ada terjumpa mau dok buat relax.. Hakak nk makeup sebulan sekali pon payah kecuali ada occasion.. Mmg payah nk jumpa pijah elai ngan makeup.. “

View this post on Instagram

Ampa klu jumpa Pijah Elai tu,jgn terkejut.. Boh kt IG caption,yeayy nk balik Kampong!! Pastu ampa pon komen lah,nk balik kampong pon cantik.. eh2 pijah,tk penah tk cantik.. Tetiba ampa terjumpa kt R&R baru keluaq jamban tediaaa muka pijah elai baru lepaih basuh berak anak.. 🤣😂 Qhupanya gambaq kt ig tu gambaq throw back 🤣😂 Seblom ampa mengata hakak,hakak buat confession dulu 😝 so klu ada terjumpa mau dok buat relax.. Hakak nk makeup sebulan sekali pon payah kecuali ada occasion.. mmg payah nk jumpa pijah elai ngan makeup 😅 Ok bye . #expectationvsreality #silajgnkecam #relaxhaterstakpayahdokkalut #faezahelai #skincarejunkie #skincare #purestbyfaezahelai #feelingblessed #alhamdulillah #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Rata-rata peminat memuji kecantikan Faezah Elai mahupun dalam keadaan bermekap atau tidak bermekap. Antara komen-komen netizen :

” Tak makeup pun tetap lawaa kak.. “

 ” X make up tudung senget pon cantik.. “

” Natural gitcheww sis Pijah Elai.. “

” Pejah elai rare.. “

” Tetap let0p dikk.. “

” Lepas basuh ber4k pun shantikkk cmno.. “

Wahhhh beruntung kan muka dah cantik ni, kalau keluar tak mekap pun dah nampak cantik. Inikan pulak kalau dah mekap lagi bertambah cantik dan manis. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Faezah Elai  dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama insan-insan tersayang. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..