” Saya habiskan duit sekali dengan hadiah dekat RM 100,000 mahal !!! “
Dato’ Aliff Syukri Meraikan Hari Lahir Anak Dengan Hadiah Yang Cukup Mewah. Alahai Beruntungnya !!
Sebut sahaja nama Dato’ Aliff Syukri, pasti semua terbayang akan sikap g1la-g1la dan penyayang pengasas d’herbs ini. Terkenal dengan tagline abang terlajak laris, Dato’ Aliff merupakan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi & Jamu Ratu Malaya, bonda Rozita. Selain D’herbs, Dato’ Aliff juga mengasaskan As legacy dan terkini Akademi A Comel.
Memulakan langkah mendalami dunia perniagaan seawal usia 7 tahun, Dato’ Aliff cekal dan tekad untuk merubah nasib diri. Bermula hanya dari menjual jamu dan barang kosmetik secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah, kini beliau gah berdiri memiliki empayar perniagaan dan wisma D’herbs di samping ratusan pekerja dibawah naungannya.
Ternyata selain empayar perniagaan Dato’ Aliff yang berjaya, kisah2 kehidupan peribadi dan seharian Dato’ Aliff juga memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Umum mengetahui, perkahwinan Dato’ Aliff dan Datin Shahida dikurniakan 4 orang anak iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, dan Yusuf Al-Qardawy. Beliau juga mengambil seorang anak angkat bernama Ameena.
Kesemuanya mempunyai akaun Instagram tersendiri dan pengikut mereka mencecah ratusan ribu orang. Kepopularan mereka nyata hinggakan setiap gerak-geri, pemakaian semua menjadi buah mulut netizen. Disebabkan itu, seringkali Instagram Dato’ Aliff dihujani pujian malah juga kec4man netizen apabila melibatkan kesemua anak dan anak angkatnya itu.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi video berkisar mengenai hadiah birthday yang dibelikan untuk anak-anaknya Qadeeja, Baim dan anak angkatnya Ameena yang nilai puluhan ribu ringgit. Beruntunglah anak-anak dapat bapa yang penyayang!!
Baca perkongsian Dato’ Aliff Syukri dibawah :
” Hadiah birthday hampir RM 30,000.. happy birtdy anak abah ces @qadejah_terlajaklaris dan minah”
” Tak salah kalau sekali-sekali abah menghargai anak-anak abah abang yakin bila kita bahagi anak kita nanti dah besar anak kita pula akan menghargai kita siapa setuju sila komen di bawah… nama ig PA sy @basti_hassanudin dan @_dhafwatul_aisy.. “
” Kalau korang nak tahu hadiah apa yang anak abang dapat korang boleh pergi tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting.. Kalau korang nak tengok video yang lebih panjang dan nak tahu brp harga hadiah ni… dan mcm mana reaksi isteri abang?? ..
” Korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting dekat sana cepat pergi tengok.. “
Rata-rata netizen memuji sifat penyayang Dato’ Aliff Syukri. Antara komen-komen netizen :
” Dato memang baik. Tak de beza kasih sayang. Dibelikan juga mas juga si ameena tuu.. “
” Terbaik Dato’.. Xsalah habiskan duit untuk anak2..”
” Terbaik Best & bertuah dapat jadi anak Dato walaupun anak angkat bagi saya tetap mewah & sama dengan anak sendiri layanan & pemberian Dato’ tu… Pertikaikan je si bawang2 tu.. Apa2 pun Dato’ & Datin terbaik!!.. “
” Dato’ hebat.. Saya suka.. Berani.. Duit sendiri bukan pakai duit orang yang penting kita happy Dato’.. Tahniah Dato happy kan anak..”
” Happy birthday Qadeeja.. Untung kamu.. Alhamdulillah dapat abah yang sayang sangat kamu.. “
” Lagi murah rezeki abiskan duit untuk isteri dan anak2.. “
Penyayang sungguh Dato’ Aliff Syukri kan.. Dah la penyayang, adil lagi pada anak-anaknya walaupun cuma anak angkat. Kami di berita kopak mendoakan semoga Dato’ sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan dimasa depan.. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..