” Best bila dengan kawan satu kepala, terus jadi diri sendiri.. ” – Netizen

Video Sheila Rusly, Sharifah Shahora Dan Maria Tunku Sabri Rekod Video Menyanyi Secara Miming. Wah Dah Macam Video Klip Lagu Nasyid Je Ni. Memang ‘ Masuk Air ‘ Masing-Masing, Seronok Ada Kawan Sekepala Begini !!

Meninjau ke akaun Instagram Sheila Rusly, beberapa buah video yang dikongsikan ketika bersama dua rakan baiknya iaitu Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora telah membuatkan ramai peminat berasa terhibur.

Mereka bertiga ini sedang bercuti bersama dan turut membuat video bersama. Antara video yang membuatkan ramai terhibur ialah video mereka memakai telekung sambil menyanyikan lagu nasyid secara miming.

Masing-masing dengan gaya tersendiri dan menghiburkan. Video kedua pula ialah ketika mereka menjamah sarapan pagi di hotel mereka menginap. Sheila ingin membuat content mengenai makanan yang ada, namun Maria dan Shahora sengaja mengg4nggu Sheila.

Kedua-dua video ini telah membuatkan ramai netizen tertawa kerana begitu seronok melihat apabila bersama kawan yang serasi dan sekepala. Persahabatan sebegini sebenarnya amat susah untuk dicari.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen :

” Hahahahhaha masok air… mummy dosa mlm jumaat t1nggalkan abah.. abah carik mummy td.. kan abah jinggo_jspictures.. “

” Hahahahah… adoiiiii lawak sungguh….seronok tengok bila geng ibu2 gi bercuti happy2 mcm ni.. lawak masing masing.. “

” Adeeehhh…. pec4h perut gelak tengok gelagat sis sheilarusly_jspictures dgn sahabat jannah niii.. Smg Allah lindungi n berkati hubungan persahabatan ini hingga ke akhir hayat hendakNya.. “

” Every girl needs crazy girlfriends… Alhamdulillah I have my circle too.. doakan kami boleh ada girls trip macam ni bila anak anak dah besar sikit ya.. “

” Ni mmg real best fren kan. gad0h2 tu biasa. mmg tk dan nak terasa2 hati, nak kecik hati bagai. kalau betul2 geng sehati sejiwa, mmg mcm tu.. “

” Kak.. dah nama geng crack mmg takdenye buat content dgn aman kak.. ini macam lah baru best.. gadoooooo… huru h4ra is awsome.. “

” Best bila dgn kawan satu kepala.. Terus jadi diri sendiri.. ya Allah hiburan di waktu pagi.. napa sy gelak seorang2 ni.. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora. Percutian bersama rakan-rakan yang ‘ sekepala ‘ sememangnya sangat seronok dan boleh menghilangkan stress.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..