” Amboi makcik, habis lengan Fazura dia rangkul sorang-sorang. Hehe.. ” – Netizen

Video Fazura Melayani Peminat-Peminatnya Semasa Keluar Mengundi Cur1 Perhatian Ramai. Wah Siap Kena Kerumun, Masing-Masing Berebut Semua Nak Pegang Fazura. Mesra Sungguh Faz Ni, Comel Je Dengar Cakap Loghat Pahang !!

Siapa tidak kenal dengan Fazura, satu nama yang semakin besar dan dikenali ramai dari hari demi hari. Dari seorang pelakon, Fazura kini merupakan usahawan yang berjaya dan mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record baru-baru ini.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan suasana ketika Fazura ke pusat mengundi sempena Pilihanraya ke 15 hari ini. Simple sahaja pakaian yang digayakan Fazura namun tetap kelihatan cantik dan menarik.

Semestinya kelibat Fazura meraih perhatian daripada peminat di sekelilingnya ketika itu. Fazura yang mengundi di kampung halamannya, Pekan Pahang seperti biasa tetap ramah melayani permintaan peminat untuk bergambar.

Riuh semuanya ingin bercakap dengan Fazura. Apa yang menarik perhatian warganet adalah gelagat seorang makcik yang seronok dapat memaut lengan Fazura. Alahai untunglah makcik dapat serapat itu bergambar dengan Fazura.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian oleh Fazura ini telahpun meraih lebih 37 ribu likes sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Love cantiknya Fazz. syok orang Pekan dapat jumpa idola. Love betul artis yang pergi mengundi ni.. “

” Macam kak Faz pulak calonnya hehe. so beautiful my sister, you’re my forever list.. Keluor trus loghat pahang …hehehe.. “

” Amboi makcik, hab1s lengan Fazura dia rangkul sorang-sorang haih. Tak bagi share terus haha. Cute je.. “

” Untung lahhhh mak cik… Dpt kepit tgn fazura. dia sorg je nak konker tak nk bg yg lain share. kita zoom in out jer makcik tu 10kali haha.. “

” Bagus Fazura ni, kaya, berjaya dan tak somb0ng. Pergi mengundi pun cantik fazura ni. Untunglah siapa yang vote sama tempat dengan Fazz hehe.. “

” Sukanya tengok faz layan orang nak bergmbar. cantik faz.. serba serbi sederhana. The real meaning of natural beauty.. pakai simple pun laawaaaaaaa amat.. “

” Dah le cantik tak somb0ng lak tu. sayang Faz. Ramahnya fazura dengan peminat. Pergi mengundi pun cantik alahai.. “

Apabila dikerumuni sebegini, kata warganet seperti Fazura pula calon yang bertanding, hehe. Siapa yang hendak melepaskan peluang dapat bergambar dengan idola ramai ini kan. Apa-apa pun, tahniah Fazura kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..