” Bertuahnya Shuib dapat wife sweet macam nie.. “

Video Siti Sarah Memakaikan Stokin Dan Kasut Shuib Sebelum Pergi Kerja Mendapat Pujian Netizen. Wah, Isteri Solehah Sangat !!

Antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian di media sosial ialah Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu. Pasangan ini sering berkongsi video-video atau momen-momen indah antara mereka di akaun Instagram masing-masing. Selain itu, keserasian antara mereka sering dipuji netizen.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib. Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.  Siti Sarah bertudung sepenuhnya pada Mei 2018 .

Siti Sarah pernah menyertai pertandingan peringkat antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) bersama Bob AF pada tahun 2009. Beliau turut membawa pulang kejayaan dengan menyumbang 3 emas kepada Malaysia manakala Bob AF menyumbang lima emas.

Menerusi akaun Instagram, Siti Sarah berkongsi videonya memakaikan stokin dan kasut kepada suaminya, Shuib sebelum ke tempat kerja. Tindakan pasangan ini mendapat perhatian netizen kerana kelihatan begitu romantik sekali. Amboi, untung sangat Shuib.

Tonton video di bawah :

” Pelakon sebenar Ombak Rindu. Izzah dan Tuan Haris ! Babak pertama scene kasut.. Seperti biasa Tuan Haris tak appreciate Izzah, yg pakaikan ksut .. tapi Izzah ching redo.. “

Rata-rata peminat memuji tindakan Siti Sarah memakaikan kasut kepada Shuib sebelum pergi kerja. Tindakan Sarah ini menunjukkan seorang isteri yang solehah. Antara komen-komen mereka :

” So sweet . I tak pernah pakaikan stokin shuben i.. “

” Wahh bgos nye.. isteri solehah..  “

” Mcm mak saya layan ayah saye nk g keje.. pakaikan stokin kt ayah.. pttla abg shuib syg kak @sitisarahraissuddin . pndai jaga suami.. “

” Contoh terbaik ni.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. Aamiin.. “

” Sweetnya dua orang ni.. semuga bahgia hingga ke Jannah.. “

” Allah…. solehah nya… semoga kekal bahagia hingga ke hujung ny4wa ye dik… “

” Bertuahnya @shuibsepahtu dpat wife sweet mcm nie @sitisarahraissuddin “

Sememangnya Shuib bertuah memperisterikan Siti Sarah. Pada zaman sekarang sukar untuk mencari isteri yang melayan suami sebegini. Semoga hubungan Siti Sarah dan Shuib berkekalan hingga ke akhir hayat serta ke Jannah. Semoga berbahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..