” MasyaAllah cantik-cantik kedua kakak ni. Semoga mendapat umrah yang mabrur.. “

Kongsi Gambar Berada Di Makkah, Tapi Ramai Yang Keliru Mana Satu Ekin, Mana Satu Kembarnya, Ain. Tak Dapat Beza Lah !!

Siapa tidak kenal, pasangan suami isteri penyanyi terkenal Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani dan isterinya  Nora’Syikin Rahmat yang juga kini pengusaha “Polka Pops Dessert”. Lebih dikenali dengan panggilan Ekin, Ekin juga mempunyai kembar yang bernama Nora’Ain Rahmat.

Terdahulu, Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008. Mawi yang merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Beliau terkenal dengan frasa “World” dan seringkali disahut oleh peminatnya, “Mawi World” .

Meskipun Ekin kini merupakan ibu kepada anak seorang, iaitu Cahaya Malika yang kini berusia lapan tahun, Ekin tetap kelihatan cantik dan menawan seperti dulu. Ekin juga sudah tidak berminat untuk kembali aktif dalam industri hiburan tempatan dan beliau lebih selesa dengan memberi tumpuan terhadap perniagaannya.

Mawi kini lebih selesa berkarya di sebalik tabir sebagai pengarah. Manakala Ekin pula makin rancak dengan karier sebagai usahawan. Pasangan ini akan menyambut tidak lama lagi ulang tahun perkahwinan ke- 11 pada 20 Disember akan datang.

Menerusi instagram milik Ekin, pasangan serta anak mereka kini berada di Makkah sedang menunaikan ibadah umrah. Ekin telah berkongsi beberapa keping gambar disana. Turut serta bersama adalah kembar Ekin iaitu, Ain dan anaknya. Alahai tak dapat beza mana satu Ekin, mana satu Ain. Seiras sangat !!

Baca perkongsian Ekin dibawah :

“Alhamdulillah.. Selesai yg wajib.. Semoga diterima olehNya Amin yarabal Alamin.. “
” #mawiekinumrah2019#, ekinaein#,  ekinmawi ,  @cahayaasmawi, @aennrahmat05.. “

Rata-rata peminat telah memberikan komen yang baik buat Ekin serta pasangannya Mawi dan pasangan kembarnya. Antara komen-komen tersebut :

” Alhamdulillah.. Semoga dapat umrah mabrur.. dan semoga dipermudahkan segala-galanya di sana nanti. AAMIIN3.. “

” Aloloo.. comel2 semua.. semoga balik dgn selamat dan sentiasa sihat.. “

” Ya Allah best ya @ekinmawi_cahaya . Moga Allah permudahkan urusan semua ya. Aamin.. “

” Alhamdullillah. Semoga dpt Umrah mabrur.. “

” Assalamualaikum ekin aien dn keluarga.. moga dpermudahkn urusan dn bertmbah rahmat dri Allah hendaknya.. aamiin.. “

” Masyaallah cantik² kedua kakak ni.. smoga mndapat umrah yg mabrur.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar Ekin dan keluarga berada di Makkah :

Segak betul Ekin dan pasangan kembarnya Ain. Betapa seronoknya melihat meraka sedang menunaikan ibadah umrah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga segala urusan Ekin, Mawi serta keluarga disana dipermudahkan, dan mendapat umrah yang mabrur. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ekin Mawi by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..