” Banyak kali ulang tengok, comel sangat Aafiyah pujuk ibu.. ” – Netizen

Video Aksi Aafiyah Memujuk Ibunya, Datuk Siti Nurhaliza Yang Pura-Pura Merajuk Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai Pandai Aafiyah Pujuk, Mesti Terus Cair Hati Ibu !!

Siti Aafiyah Khalid lebih dikenali sebagai Aafiyah adalah anak kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa. Lahirnya Aafiyah pada 19 March 2018 cukup memberikan kegembiraan dan kesyukuran buat keluarga ini, setelah menanti selama 11 tahun untuk mendapatkan anak.

Aafiyah seorang anak yang aktif dan comel. Walaupun permata hati Datuk Siti dan Datuk Khalid ini tidak mempunyai akaun instagram atas namanya sendiri, namun tiap kelatah dan celoteh Aafiyah dapat dilihat di Instagram milik ibunya dan akaun Instagram kelab peminat.

Aksi dan keletahnya sering dinanti peminat cilik ini. Seringkali video dan gambarnya dirakamkan, pastinya mendapat jumlah view yang ramai daripada peminat. Aafiyah juga semakin petah berkata-kata dan semakin pandai beraksi di hadapan kamera ketika aksinya dirakamkam. Bakat menyanyi dan menari sudah nampak dari kecil ya Aafiyah.

Menerusi akaun Instagram cthasrina, telah dikongsikan video Aafiyah bersama ibunya sedang bermain permainan bongkah. Namun gelagat Aafiyah yang sudah pandai memujuk ibunya ketika Datuk Siti berpura-pura merajuk meraih perhatian netizen. Alahai comelnya Aafiyah, pandai ambil hati ibu.

Ikuti perkongsian video sesi pujuk-memujuk Aafiyah bersama Datuk Siti :

Ramai yang ger4m dengan kelatah Aafiyah yang comel ini. Antara komen-komen netizen :

” Pandai sngt Aafiyah nie comel.. ger4m je.. 10 kali tgk so sweet.. “

” Bijak nyaaaa wahai anakk.. So cute.. “

” Alah cumillnya Afiyah pujuk.. nk wat palace.. its ok.. “

” YaAllah comelnya… Pandai sngt Aafiyah nie comel.. ger4m je.. “

” Berulang kali ku putar video nya tetep… Ngak ngerti.. Tapi it’s ok kata afiyah… Lucu banget.. “

” Byk kali ulang tgok .. comel aafiyah pujuk ibu… clever girl.. “

” Eii ger4mnye mulut dia nie.. Comel sangat.. “

Comel sangat kan. Datuk Siti pun pandai sangat mengusik Aafiyah. Tampak Aafiyah berhati lembut apabila cepat-cepat memujuk ibunya tercinta. Aafiyah juga kelihatan matang dalam usianya. Semoga Aafiyah menjadi anak solehah buat ibu dan ayah. Semoga membesar dengan sihat. Kami doakan agar keluarga ini dirahmati dan di bawah lindungan Ilahi.

Silakan SHARE..

Sumber : Ctsharina, Aafiyah Khalid 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..