” Bahagianya tengok keluarga Ashraf. Bermadu tapi hubungan baik mesra je.. ” 

Ashraf Muslim Kongsikan Gambar Sambutan Hari Lahir Anaknya Anas Ashraf, Namun Tumpuan Netizen Lebih Kepada Isteri-Isterinya, Dayana Dan Sakinah. Mesra Betul !!

Pelakon kacak, Ashraf Muslim jarang dipalit kontroversi sepanjang penglibatannya di dalam dunia seni. Menyingkap kehidupan peribadinya, umum mengetahui Ashraf mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertamanya bernama Noor Dayana Lokman manakala isteri keduanya bernama Wan Sakinah Wan Saburi.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf kini memiliki 4 orang cahaya mata, 3 lelaki dan seorang perempuan. Noor Dayana selamat melahirkan seorang anak lelaki selepas lima tahun berkahwin. Anak itu diberi nama Anas Ashraf.

Menerusi pernikahan dengan Wan Sakinah pula, Ashraf dikurniakan 3 orang zuriat yang diberi nama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf. Kisah perkahwinan mereka pernah menjadi viral di media-media. Namun Ashraf menggalas tanggungjawab dengan baik membahagiakan kedua-dua isterinya.

Menerusi akaun Instagram, Ashraf telah memuatnaik beberapa keping gambar sambutan ulangtahun kelahiran yang ke 4 anaknya bernama Anas Ashraf. Sambutan ini kelihatan amat meriah dimana disambut bukan sahaja bersama ahli keluarga Anas malahan turut sama dihadiri kawan-kawannya.

Namun pasti yang menarik hati adalah kemesraan di antara dua isterinya Dayana dan Sakinah yang kelihatan sangat akrab. Macam adik dengan kakak !

Jom tengok gambar-gambar yang dikongsikan di bawah :

” ANAS ASHRAF MOHD ASHRAF. 10 Disember 2015 • Hospital Kuala Lumpur • 2.85kg • 3.05pm.. “

Rata-rata netizen gembira melihat keceriaan di wajah Anas malah ada juga yang memuji keakraban hubungan isteri-isteri Ashraf. Antara komen-komen netizen :

” Indahnya punya dua.. “

” Happy birthday Anas Ashraf,semoga menjadi anak yg soleh… Aamiin Yaa ALLAH.. “

” MasyaAllah comel-comel anak-anak.. “

” Comel-comel semuanya permata hati @ashrafmuslim.. “

” Happy birthday anas!! Wah dah besar makin handsome!.. “

” Bahagianya tengok keluarga Ashraf.. Bermadu tapi hubungan baik mesra je.. ” 

” Happy birthday anas.. Semoga jadi anak yang soleh.. Dan semoga keluarga ini sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.. “

” Happy besdayyy anas…. Semoga jadi insan soleh bijak pandai menjadi insan berguna dunia akhirat ameen.. “

Kami di Berita Kopak turut berkongsi lagi gambar-gambar di sekitar majlis tersebut di bawah :

Beruntung Anas ada dua orang ibu yang amat menyayanginya. Jelas kelihatan amalan berkasih sayang yang diterapkan dalam keluarga besar ini. Bukan mudah untuk memiliki dan adil untuk dua hati namun Ashraf nampaknya berjaya mentadbir keluarganya dengan baik sekali.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Anas dan semoga Anas membesar menjadi anak yang sempurna ajaran agamanya, sempurna akhlaknya dan menjadi insan yang berguna untuk kedua ibu bapa dan masyarakat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ashraf Muslim by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..