” Comelnya Ali. MasyaAllah.. “

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Bongsu Alif Satar, Muhammad Ali Yang Begitu Indah Sekali. Comel Dan Cantik Anak-Anak Alif !!

Muhammad Alif bin Mohd Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga pengacara. Beliau lebih dikenali sebagai Alif Satar. Alif muncul di kaca televisyen ketika baru berusia 16 tahun dalam rancangan realiti TV ‘One in a Million’ pada musim pertama.

Beliau berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Sejak itu bermulalah kariernya dalam bidang nyanyian. Selain menyanyi, beliau juga turut aktif berlakon dan mengacara. Lakonan pertama beliau untuk drama adalah menerusi drama Suria di Cordoba.

Alif menamatkan zaman bujangnya pada 15 September 2014 dengan wanita pilihan hatinya yang juga merupakan pengurusnya, Sha Dila Halid. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca dan seorang lelaki bernama Muhammad Ali.

Menerusi akaun Instagram, Shadila berkongsi gambar ketika majlis aqiqah anak bongsunya, Muhammad Ali. Ali dilahirkan pada 19 September 2019. Kelahiran anaknya ini merupakan hadiah hari lahir buat Alif kerana berkongsi tarikh lahir yang sama.

” The reason I breathe.. “

View this post on Instagram

The reason I breathe.

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak-anak Alif dan Shadila. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya Ali. MasyaAllah.. “

” Comel Ali.. Ingat smlm nak gom0l tp dh kena pas sana sini.. “

” Ee.. Pengantin kecik comel.. “

” Semoga jadi anak yanh soleh.. “

” Aww.. Lawanya gambar.. Pengantin tu tk reti dok diam cari apa.. “

 ” Ragam anak2 ms ni lah tk boleh dilupa.. Paling manis utk ditontom bila mereka besar nnti.. “

” Kakak tu princess sgt.. “

Lagi gambar-gambar yang dikongsikan :

Alahai, comel dan bamb4m sungguh Ali. Wahhh.. Mr Ragaman pun ada. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Muhammad Ali membesar dengan sihat, bijak, menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang membanggakan ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alif Satar, Shadila Halid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..