” Ya Allah, comelnya macam anak patung.. “

Tya Arifin Kongsi Gambar Anaknya, Azzahra Jiwa Memakai Rambut P4lsu Persis ‘ Baby Doll ‘. Alahai, Comel Sungguh !!

Azzahra Jiwa merupakan permata hati kepada pelakon Indonesia, Tya Arifin dan Muhammad Asyraf iaitu anak kepada Dato Khalid Mohd Jiwa. Azzahra juga merupakan cucu tiri kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Azzahra dilahirkan pada 9 Mei 2019 secara normal dengan berat 3.6 kilogram. Azzahra mempunyai seorang abang bernama Arif Jiwa yang kini berusia 2 tahun. Seperti selebriti lain, Tya turut membuka akaun Instagram untuk anak-anaknya.

Setakat ini Azzahra mempunyai sejumlah 159 ribu orang pengikut manakala Arif mempunyai sejumlah 844 ribu orang pengikut di akaun Instagram masing-masing. Populariti kedua adik-beradik ini setanding dengan artis kerana jumlah pengikut yang begitu ramai sekali.

Menerusi akaun Instagram, Tya Arifin berkongsi beberapa gambar anaknya, Azzahra memakai rambut p4lsu berwarna perang. Azzahra seolah-olah seperti anak patung apabila menyarungkan rambut tersebut. Alahai Comel sangat, ger4m rasa !

” Panggil saya Miss Zahra.. “

View this post on Instagram

Panggil saya Miss Zahra 😋😋😋

A post shared by Azzahra Jiwa Asyraf (@azzahrajiwaasyraf) on

Rata-rata netizen memuji kecomelan Azzahra yang persis anak patung. Antara komen-komen mereka :

” Hehe.. mcm ni la muka zahra ada rambut nnti.. “

” Comelnya.. “

” Ya Allah, comelnya mcm anak patung.. “

” Ariana grande versi mini.. “

” Wah, azzahra dh ada rambut.. “

” Mcm baby doll.. “

Alahai, comel sungguh Azzahra dengan rambut palsu tersebut. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azzahra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Jadilah anak yang membanggakan ibu dan bapa .

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azzahra Jiwa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..