” Lucunya, relaks je dia tepuk. Sak1t perut gelak tengok gelagat dia… “

Video Anak Nourul Depp, Zachary Menyanyi Lagu Floor 88 Band Menarik Perhatian Netizen Kerana Sebutannya Yang Pel4t. Adoii, Kelakarnya !!

Penyanyi yang popular pada tahun 90 an iaitu Noorulhuda binti Abdul Wahab dahulunya lebih dikenali sebagai Nurul Wahab. Namun kini beliau lebih dikenali sebagai Nurul Depp. Nurul telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp pada 7 Jun 2012.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Nurul. Perkahwinan kali ini telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary yang dilahirkan pada 3 Oktober 2013 dan Raphael yang dilahirkan pada 15 Januari 2015 serta seorang cahaya mata perempuan bernama Isabella.

Melalui perkahwinannya yang pertama, Nurul mempunyai  seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah. Ayu dilahirkan pada tahun 1998. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau pernah meraih anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.

Menerusi akaun Instagram, Nurul berkongsi video anak sulungnya, Zachary menyanyi lagu daripada kumpulan Floor 88. Apa yang menarik perhatian netizen ialah sebutannya yang agak pel4t sehinggakan mereka berasa terhibur. Apabila Zachary tidak mengingati lirik, dia menyanyikan lagu daripada Kclique pula.

Tonton video di bawah :

” Adoi anak oiiii. Dari @floor88band ke #kclique . Tep0k tu punya lep0k pulak mama rasa ahahhaha  . #littledepp  #thedepps  #zacharydepp  #winter2019 #france2019. Inilah jadinya kalau tak boleh keluaq! Sejuk gedi dan cuaca muram nak turun. “

” Apa apa pun tak kisah. Janji depa happy. @ayu_ace look at this hahahahhaa. @ikhsan_eysan @ina_mohd “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Zachary menyanyi. Antara komen-komen mereka :

” Lucunya.. relaks ja dia tep0k… sak1t perut gelak tengok gelagat dia… “

” Ancemm Zachary muka like papa dia kan nouruldeep.. “

” Ha tepok.. jom tepok.. “

” Alhamdulilah so cute your son enjoy your holiday with your sweet family in france alhamdulilah your father in law and mum in law is such a nice person blessing for you Nourul. salam from singapore. “

” Suka dengaq suara Zachary, sedap suara dia…. “

” Lawak la anak kak nurul “

Wah, nampaknya Zachary ada bakat menyanyi seperti ibunya cuma perlu di4sah lagi. Walaupun sebutan ada yang tidak betul namun Zachary boleh menghafal lagu dalam Bahasa Melayu. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Nurul Depp dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Deep by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..