” Allahu, lawanya isteri awak.. “

Fitri Haris Kongsi Gambar-Gambar Sekitar Majlis Perkahwinannya Dan Ramai Memuji Kecantikan Isterinya. Wah, Sememangnya Cantik Walaupun Solekan Ringkas Sahaja !!

Pada 21 Disember yang lalu, Fitri Haris telah berkahwin buat kali ketiga bersama pengurusnya sendiri, Fazilah Omar. Juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua dan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini sudah lapan tahun menduda.

Fazilah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. Fitri pula mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun hasil perkahwinannya yang lalu. Menurut Fitri, beliau sememangnya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang sentiasa berada di depan matanya sejak pembabitannya dalam GGV2.

Fitri selalu membuat solat istikarah selama tiga bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Terdahulu, Fitri menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu.

Menerusi akaun Instagram, Fitri berkongsi gambar-gambar sekitar majlis perkahwinannya untuk tatapan para peminatnya. Mengenakan persalinan pakaian pengantin berwarna putih, Fitri dan isteri kelihatan begitu berseri-seri sekali.

” Live Update Majlis Perkahwinan Fitri & Fazilah.. “

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan memuji isteri Fitri yang begitu cantik. Antara komen-komen mereka :

” Cantik sgt kak El . Happy for angah n kak El.. “

” El… cantiknya awak.. “

” Allahu lawanya isteri awk.. “

” Cantiknya kak Fazilah .. “

” Semoga bhgia hngga akhir hayat.. “

” Tahniah abg Fitri Dan isteri, smga bahgia smpi ke syurga.. Bersemut hp den nie bang.. “

” Canteknyaa zaujah, mg kekal bahgia hgga Jannah.. “

” Sama cantik Sama padan…moga bahagia hingga ke jannah!.. “

Lagi gambar-gambar yang dikongsikan :

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Fitri Haris dan isteri serta selamat pengantin baru diucapkan. Semoga mahligai cinta yang dibina kali ini berkekalan sehingga akhir hayat malah hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang comel. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fitri Haris by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..